Artikel Terkini

7 Jenis Skim Popular Yang Sering Digunakan Untuk Menipu Rakyat Malaysia

7 Jenis Skim Popular Yang Sering Digunakan Untuk Menipu Rakyat Malaysia 1
0
(0)

7 Jenis Skim Popular Yang Sering Digunakan Untuk Menipu Rakyat Malaysia 2

Jenayah melibatkan penipuan wang sukar untuk dibendung walaupun pihak berkuasa telah cuba sedaya-upaya untuk menghalang mereka daripada terus menipu golongan masyarakat.

Di antara jenayah kewangan pertama dan sangat popular yang berlaku di negara kita adalah melibatkan penipuan skim cepat kaya pada akhir tahun 1980-an yang dilakukan oleh Pak Man Telo yang telah berjaya menipu pelbagai lapisan masyarakat.

Jom kita tengok pula jenis-jenis skim terkini dan popular yang digunakan untuk menipu rakyat Malaysia.

1. Skim Penipuan Wang KWSP

Skim ini beroperasi apabila ahli sindiket membuat tawaran kepada mangsa untuk mengeluarkan wang KWSP. Seperti yang kita tahu, wang simpanan dalam KWSP tidak boleh dikeluarkan tanpa sebab yang kukuh.

Sindiket ini yang menyamar sebagai salah seorang pegawai di KWSP dan akan membantu mangsa untuk mengeluarkan wang KWSP dengan membayar sejumlah wang untuk perkhidmatan tersebut. Pihak KWSP telah memberi amaran kepada pencarum KWSP agar jangan terpedaya dengan penipuan sindiket ini.

2. Skim Pinjaman Wang Tak Berlesen

Sama seperti dengan sindiket KWSP, skim ini menawarkan perkhidmatan pinjaman wang kepada mangsa. Sebelum wang diberikan, mereka akan meminta wang daripada mangsa di atas nama cas perkhidmatan.

Mereka giat mencari mangsa secara dalam talian kerana ianya lebih mudah untuk mereka menipu mangsa.

3. Skim Pelaburan / ‘Money Game’

Ini adalah skim cepat kaya yang paling popular di negara ini. Sistem multilevel marketing digunakan.

Modus operandi skim ini adalah menjanjikan pulangan pelaburan yang sangat luar biasa kepada mangsa mereka. Di antara golongan yang paling ramai menjadi mangsa kepada skim ini adalah pelajar universiti.

Mereka tahu kebanyakan pelajar mempunyai pinjaman PTPTN dan dengan wang pinjaman tersebut, mereka akan memperdaya pelajar ini menyertai program mereka.

4. Skim Jerat Percintaan (Catfishing)

Skim penipuan ini menyasarkan gologan berusia terutamanya janda atau duda yang kesunyian dan mempunyai status kewangan yang baik.

Teknik yang selalu mereka guna adalah dengan memberi janji manis untuk berkahwin dengan mangsa dan apabila mangsa mula mempercayai janji tersebut, pihak sindiket akan memujuk mangsa untuk memasukkan sejumlah duit kepada mereka dengan alasan yang tertentu.

5. Macau Scam

Skim yang sangat membahaya di antara semua skim yang ada di Malaysia. Modus operandi skim ini adalah menyamar sebagai pegawai polis, pegawai bank atau pegawai kastam.

Sindiket ini akan menghantar pesanan ringkas kepada mangsa mereka mengatakan kad kredit atau kad bank mereka telah digunakan oleh pihak ketiga. Mangsa yang terpedaya akan menelefon pihak sindiket dan di sinilah proses penipuan berlaku.

Mangsa yang terpedaya akan memberi maklumat penting kepada pihak sindiket atau mangsa membayar sejumlah wang kepada pihak sindiket untuk menyelesaikan masalah tersebut.

6. Skim Akaun Keldai (Mule)

Pihak sindiket menggunakan akaun peribadi kita untuk melakukan transaksi aktiviti haram mereka. Pihak sindiket yang memujuk mangsa untuk memindahkan wang tersebut kepada akaun yang lain dengan pelbagai alasan yang munasabah.

Kita wajib menjaga privasi akaun peribadi kita dan jangan sesekali membenarkan orang yang tidak dikenali memasukan wang ke dalam akaun kita tanpa alasan yang kukuh kerana dikhuatiri ia digunakan di dalam sindiket penipuan.

Kita boleh disabitkan dengan kesalahan tersebut jika kita tidak bertindak dengan cepat.

7. Skim Gores Dan Menang

Gores dan menang merupakan skim yang paling popular ketika era 1990-an. Walaupun skim ini sudah lapok ditelan zaman, ada sesetengah sindiket yang masih lagi menggunakan teknik ini untuk memperdayakan mangsa mereka.

Mangsa yang dikehendaki menggores kad yang diberi oleh pihak sindiket dan mereka akan ditawarkan dengan hadiah yang luar biasa. Jika mangsa terpedaya, (kebanyakan gologan warga emas) mereka akan membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum boleh menebus hadiah tersebut.

Sumber Rujukan: https://www.imoney.my/articles/common-money-scams

Jemput baca juga:

Iklan


7 Jenis Skim Popular Yang Sering Digunakan Untuk Menipu Rakyat Malaysia 3

Iklan

7 Jenis Skim Popular Yang Sering Digunakan Untuk Menipu Rakyat Malaysia 4

7 Jenis Skim Popular Yang Sering Digunakan Untuk Menipu Rakyat Malaysia 2

Source link

Show us your support

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate

We are sorry that this post was not useful for you!

Let us improve this post!

Tell us how we can improve this post?