Artikel Terkini

7 Meja Kopi Moden Buat Ruang Tamu Anda Nampak “Wow”

7 Meja Kopi Moden Buat Ruang Tamu Anda Nampak "Wow" 1

Sebuah meja kopi merupakan fokus utama yang dapat membentuk ataupun memecahkan rekaan konsep sesebuah ruang. Pada awalnya, perabot ini hanya dilihat sebagai tempat meletak kopi dan hidangan ringan apabila ada tetamu yang datang berkunjung ke rumah tapi kini tidak lagi. Meja kopi moden boleh dijadikan ruang simpanan tambahan, ruang kerja pop-up, malah menjadi tempat untuk menyimpan buku atau majalah kegemaran anda. Dari pelbagai fungsi mahupun hanya untuk bergaya, mari kita sama sama lihat koleksi meja kopi moden yang IMPIANA kumpulkan khas untuk para pembaca.

 

7 Meja Kopi Moden Buat Ruang Tamu Anda Nampak "Wow" 2
Sekali pandang, nampak macam kerusi tapi jangan terpedaya kerana ini adalah sebuah meja kopi ottoman yang mana bahagian kayu itu boleh dilaras ke kiri dan kanan. Sesuai buat mereka yang sukakan gaya kontemporari unik.

 

IKLAN

7 Meja Kopi Moden Buat Ruang Tamu Anda Nampak "Wow" 4
Hanya dengan satu pergerakan, meja kopi yang diperbuat daripada kayu dan besi ini boleh bertukar menjadi meja kerja bagi memudahkan pemilik menyelesaikan tugasan pejabat dirumah dengan selesa. Meja dwi fungsi sebegini kini sudah banyak terdapat di pasaran.

 

7 Meja Kopi Moden Buat Ruang Tamu Anda Nampak "Wow" 6
Set meja kopi berpermukaan ala marble dengan reka bentuk yang sama tetapi berbeza saiz dipadankan dengan karpet ‘black and white’ kelihatan begitu sempurna dan menawan.

 

IKLAN

7 Meja Kopi Moden Buat Ruang Tamu Anda Nampak "Wow" 8
Meja kopi bulat yang diperrbuat daripada kayu ‘solid’ ini juga mempunyai bahagian khusus untuk kita letakkan buku atau majalah. Nampak sempurna hasil gabungan earth tone dengan padanan warna krim dengan coklat.

 

IKLAN

7 Meja Kopi Moden Buat Ruang Tamu Anda Nampak "Wow" 10
Dengan rekabentuk organik dan minimalis, meja kopi walnut ini bukan saja menyediakan permukaan yang luas malah mempunyai tempat susun majalah yang lain dari yang lain.  Rekabentuk sleek menambah seri ruang.

 

7 Meja Kopi Moden Buat Ruang Tamu Anda Nampak "Wow" 12
Meja kopi ini menyediakan ruang khas untuk menyusun majalah, buku atau surat khabar dibawah permukaan kacanya. Kelebihan kaca ialah ia mampu membuatkan sesuatu rekaan nampak lebih elegant dan menarik.

 

7 Meja Kopi Moden Buat Ruang Tamu Anda Nampak "Wow" 14
Tidak tahu dimana ingin menyimpan barangan anda? Usah risau kerana meja kopi ini mempunyai empat ruangan menyimpan apabila dibuka. Rekabentuk menarik dengan ciri penjimatan ruang.

7 Meja Kopi Moden Buat Ruang Tamu Anda Nampak "Wow" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo