Artikel Terkini

7 Perkara Anda Wajib Tahu Sebelum Masuk Pelaburan Undercon

7 Perkara Anda Wajib Tahu Sebelum Masuk Pelaburan Undercon 1

7 Perkara Anda Wajib Tahu Sebelum Masuk Pelaburan Undercon 2

Sepanjang tahun
2019 ini, terdapat banyak kes sindiket dan penipuan yang berlaku di negara kita
khususnya dalam urusan jual beli hartanah.

Sindiket penipuan
dan penipuan dalam hartanah ini berlaku di seluruh Malaysia. Untuk rekod, di
Melaka sahaja berlaku 628 kes pada tahun
2018
melibatkan angka kerugian sehingga RM52.6 juta.

7 Perkara Anda Wajib Tahu Sebelum Masuk Pelaburan Undercon 3
7 Perkara Anda Wajib Tahu Sebelum Masuk Pelaburan Undercon 10

Ada juga kes
sindiket di mana pemilik hartanah dilaporkan ditipu ‘Sindiket Homestay Tipu’
dengan mengaut wang berjumlah RM10,000
sebagai kutipan deposit rumah.

Dan yang paling menggerunkan
adalah kes pelabur hartanah yang dilaporkan di Klang pada November 2019 yang
lalu, ditipu ejen hartanah untuk skim pelaburan hartanah yang melibatkan angka RM200,000!

Salah siapa?

Hari ini, mempunyai
ilmu hartanah sahaja tidak mencukupi untuk anda benar – benar mantap dalam
pelaburan hartanah lebih – lebih lagi dalam pasaran undercon yang terbukti
lebih mencabar berbanding pasaran sekunder dan lelong.

Baca : 5 Jenis Rumah Yang Rugi Jika Dibeli Tahun 2019

Kebanyakan mereka
yang tertipu dalam sindiket dan penipuan hartanah tidak mempunyai perancangan
dan strategi yang jelas akan pelaburan hartanah mereka selain pengetahuan perundangan
melibatkan hartanah.

Pelaburan hartanah
bukan sekadar membeli rumah baru dan sewakan sahaja. Ianya lebih daripada itu!

7 Perkara Anda Wajib Tahu Sebelum Masuk Pelaburan Undercon 4
7 Perkara Anda Wajib Tahu Sebelum Masuk Pelaburan Undercon 11

Sifat tidak sabar
untuk mendapat pulangan modal juga menjadi punca utama kebanyakan pelabur
hartanah tewas sebelum masanya.

Baca : Jenis Pasaran Hartanah

Untuk itu, kami
kongsikan 7 elemen penting yang perlu anda ketahui sebagai pelabur hartanah
sebelum membeli hartanah undercon untuk pelaburan hartanah.

1. Median Harga Rumah Kawasan Tersebut

Perkara paling asas
yang perlu anda lakukan adalah dengan melakukan kajian akan harga median
hartanah yang bakal anda beli di kawasan tersebut.

Baca : Cara Nak Tahu Harga Rumah Tanpa Pergi Pejabat Tanah

Adakah harga rumah
yang bakal anda beli berada dalam kurungan di bawah harga pasaran atau melebihi
harga pasaran.

Hartanah yang
dijual di bawah harga pasaran tidak semestinya menguntungkan untuk pelaburan
dan hartanah yang dijual melebihi harga pasaran juga tidak semestinya merugikan
anda.

Sekiranya harga
hartanah adalah di bawah harga pasaran dengan potensi pelaburan jangka panjang
yang baik, anda mungkin boleh mempertimbangkannya.

2. Median Harga Rumah Kawasan Setara

Sekiranya anda
membeli hartanah di Georgetown, lakukan kajian terhadap median harga rumah di
kawasan bandar lain seperti Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Petaling Jaya.

7 Perkara Anda Wajib Tahu Sebelum Masuk Pelaburan Undercon 5
7 Perkara Anda Wajib Tahu Sebelum Masuk Pelaburan Undercon 12

Baca : Apa Faktor Yang Mempengaruhi Nilai Hartanah 

Median harga rumah
tersebut wajar mengikut kelas hartanah tersebut. Sekiranya anda membeli
hartanah premium, maka lakukan kajian mengikut hartanah premium di kawasan
setara.

Anda juga boleh
melakukan semakan terhadap kemudahan pengangkutan awam, fasiliti dan lain –
lain yang sama dengan hartanah yang bakal anda beli.

3. Margin Of Safety

Kebanyakan dari
kita yang baru hendak berkecimpung dalam pelaburan hartanah undercon
berkemungkinan sedang bekerja makan gaji dan tidak mempunyai tunai yang banyak.

Baca : Nak Jadi Macam Warren Buffet? Amalkan Margin Of Safety

Oleh itu, anda
perlu merancang dengan bijak jumlah kos yang 
selamat dan mampu anda keluarkan dan berpotensi untuk menjana
keuntungan.

Berapa kos yang
anda perlu keluarkan bagi hartanah tersebut perlu diambil kira dengan teliti
supaya anda mampu mendapat aliran tunai positif dalam pelaburan hartanah
anda. 

Adakah anda hendak
tunggu sehingga harga rumah undercon tersebut turun selepas satu tempoh atau
anda hendak membelinya sebelum projek tersebut siap sepenuhnya.

4. Kelebihan Kepelbagaian Sewa

Jenis sewaan sangat
bergantung kepada pasaran semasa hartanah, jenis hartanah dan lokasi.

Akan tetapi, untuk
hartanah undercon anda boleh merancang untuk melakukan jenis sewaan seperti :-

1. Sewaan Harian
(Homestay, Guesthouse, Airbnb)

2. Sewaan Bulanan.
(Penyewa Pekerja)

3. Sewaan Tahunan.
(Penyewa Berkeluarga)

Baca : 7 Cara Mudah Nak Dapatkan Penyewa

Memandangkan
kebanyakan projek undercon di bandar – bandar utama di Malaysia adalah dari
jenis high rise, ada baiknya anda melihat undang – undang yang ditetapkan JMB
projek tersebut.

Ada sesetengah JMB
yang tidak membenarkan pemilik rumah menyewa kediaman mereka seperti Airbnb dan
anda juga boleh dikenakan denda oleh mereka.

5. Aliran Tunai

Sebagai pelabur
hartanah, anda juga harus mempunyai strategi bagi unjuran aliran tunai mengikut
strategi sewaan anda dan bukan bergantung kepada peratus rental yield semata –
mata.

Baca : 5 Sebab Hartanah Adalah Pelaburan Terbaik

Pastikan anda
mengetahui jumlah pulangan keseluruhan (Total Return), pulangan purata tahunan
(Average Annual Return) dan puangan terkompaun tahunan (Compund Annual Growth
Rate).

Dengan cara ini,
anda mampu melihat dengan lebih jelas potensi sesebuah rumah undercon tersebut
untuk pelaburan hartanah.

6. Tempoh Matang Hartanah

Fasa ini ramai yang
kecundang awal kerana mereka tidak sabar dalam menunggu tempoh hartanah yang
dibeli cukup matang untuk dijual (flip).

Baca : Komersial vs Kediaman : Mana Lebih Ideal Untuk Pelaburan?

Ada yang jual
semula selepas 2 tahun kerana rental yield yang diperoleh adalah rendah ataupun
negatif berbulan – bulan lamanya gara- gara hartanah undercon yang dibeli belum
cukup masak dan matang.

Tempoh yang sesuai
untuk sesebuah hartanah undercon benar – benar matang adalah 7 tahun – 10
tahun. Tetapi, ada juga yang matang dalam tempoh 5 tahun sahaja bergantung
kepada lokasi dan kelebihan projek itu sendiri.

Dalam tempoh ini
jugalah anda berkemungkinan besar terpaksa ‘rugi’ dahulu sebelum untung di kemudian
hari.

7. Pasaran 5 Tahun Mendatang

Perkara terakhir
yang anda perlu ambil kira adalah, adakah pasaran hartanah undercon untuk 5
tahun akan mendatang akan membantu anda atau merugikan anda.

Apabila berlaku
lebihan penawaran rumah, harga rumah pasti akan turun. Itu sememangnya lumrah
dalam pasaran hartanah.

7 Perkara Anda Wajib Tahu Sebelum Masuk Pelaburan Undercon 6
7 Perkara Anda Wajib Tahu Sebelum Masuk Pelaburan Undercon 13

Baca : Kenapa Harga Rumah Semakin Mahal?

Begitu juga dengan
hartanah anda di mana, sekiranya terdapat lambakan projek undercon untuk 5
tahun akan mendatang pasti sedikit sebanyak menurunkan harga rumah yang bakal
anda beli.

Perkara ini boleh
berlaku sebaliknya jika anda membeli hartanah undercon premium yang
berintegrasi dengan pusat beli belah, MRT atau booster – booster hartanah lain
yang pastinya meningkatkan harga hartanah anda untuk 5 tahun mendatang.

Baca : 12 Lokasi Hotspot Pelaburan Hartanah di Malaysia

Tidak kiralah apa jua hartanah undercon
yang bakal anda beli untuk pelaburan hartanah, betul – betul boleh menjana
pendapatan dan memberikan anda peluang untuk mencapai financial freedom.

Tetapi syaratnya adalah dengan melakukan
kajian yang mendalam seperti yang dikongsikan di atas atau anda mungkin terkena
scam hartanah.

Akhir kata, pelaburan undercon bukanlah
untuk semua orang. Hanya orang yang mampu bersabar sahaja akan mampu menuai
hasilnya di masa hadapan kelak.

Iklan


7 Perkara Anda Wajib Tahu Sebelum Masuk Pelaburan Undercon 7

Iklan

7 Perkara Anda Wajib Tahu Sebelum Masuk Pelaburan Undercon 8

7 Perkara Anda Wajib Tahu Sebelum Masuk Pelaburan Undercon 2

Source link