Berita

Abby Abadi difitnah jual bayi

Abby Abadi difitnah jual bayi 1

Abby Abadi difitnah jual bayi 2

Kuala Lumpur: Pelakon Abby Abadi, 42, berang apabila ada individu cuba menabur fitnah dengan mendakwa dia mengaut keuntungan daripada perniagaan menjual bayi menerusi sebuah forum bincang di Internet.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan tidak sangka usaha murninya menjadi perantara urusan menyerahkan bayi untuk dijadikan anak angkat menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir pihak.

“Ada yang tuduh saya kaya sebab jual bayi. Ya Allah, berat tuduhan itu! Tak nampakkah saya dengan suami berkerja, berniaga macam-macam? Ke sana sini sertai acara, berniaga seperti peniaga pasar malam. Setiap bulan kami terkejar-kejar nak bayar itu dan ini.

“Dari awal saya beritahu, saya terbabit dengan kerja ini secara tak sengaja selepas saya ambil Muhammad Daiyan Fayyadh sebagai anak angkat. Selepas itu ramai yang nak serahkan bayi kepada saya dengan pelbagai latar belakang. Saya bincang dengan suami, kami sepakat dan ambil seorang lagi anak angkat perempuan. 

“Saya uruskan untuk orang lain sebab ibu kepada bayi-bayi yang saya uruskan itu semua cari saya untuk dibantu. Cerita-cerita mengenai bantuan untuk selamatkan bayi-bayi yang tak berdosa ini pun nak berburuk sangkakah? Kenapa orang kita suka dengki dan busuk hati?” katanya.

Pelakon siri Gerak Khas itu juga menjelaskan mengenai dakwaan bahawa dia mengenakan bayaran dalam urusan pengambilan anak angkat itu bagi mengaut keuntungan sendiri.

“Ada yang komen kat forum itu, syarat saya nak ambil bukan percuma. Bersalin sendiri pun ada kos, kos itu untuk ibu kepada bayilah. Mereka bersalin itu ingat main-main? Normal lain, swasta lain. Berpantang lagi. RM5,000, RM7,000, RM10,000, dan RM15,000, memang ada bil yang tinggi macam itu. Sebab itu saya cari yang mampu. Sejak dari awal, saya memang jadi perantara dan tak terbabit dengan urusan membabitkan wang. Saya kenalkan saja dan terus ibu bapa angkat berurusan sendiri. Jadi, bila saya menjual bayi ini?” katanya.

Abby berharap pihak tertentu berhenti menyebar fitnah Niatnya membantu dalam urusan mengenai pengambilan anak angkat adalah ikhlas.

“Penat nak menjawab fitnah begini. Saya tolong setakat yang mampu dan beruntung ada suami yang sangat rajin membantu dan sangat menyokong. Cukuplah memfitnah,” katanya.

Abby Abadi difitnah jual bayi 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo