Infotainment

Abby Abadi Sanggup Rentas Negeri Selamatkan Bayi Yang Nak Dibuang


Kini mempunyai tiga orang anak angkat, sejak dua tahun lalu, pelakon Abby Abadi terkenal dengan misi kemanusiaannya dalam membantu menyelamatkan bayi dan menyerahkan kepada mereka yang mahu mengambil sebagai anak angkat.

Baru-baru ini, Abby berkongsikan kisah berita gembira apabila berjaya menyelamatkan seorang lagi bayi yang ingin di buang di Kota Bharu, Kelantan dan menyerahkan kepada keluarga angkatnya di Terengganu.

BACA: Tayang Video Suami Solat Belakang Gerai, Abby Abadi Pelik Ramai Tak Senang Hati

“Alhamdullillah Syukur. Suami saya berjaya bawa kereta dari Kota Bharu 11.30 malam, sampai ke Kuala Terengganu pukul 1.30 pagi. Kuat betul kesayangan saya ni, saya mengantuk dah, tapi tidur-tidur ayam sahaja sebab pegang baby.

“Berjaya memberi kebahagiaan kepada sepasang lagi pasangan yang belum dikurniakan anak walaupun sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga,” katanya.

Abby turut memuat naik foto bersama pasangan berkenaan yang sudah berdepan tiga kali masalah keguguran sepanjang proses kehamilan dan akhirnya dikurniakan rezeki zuriat meskipun anak angkat.

“Tiga kali gugur katanya tak ada rezeki. Terakhit, terasa sangat sebab dah enam bulan setengah. Tapi itulah, nak buat macam mana. Akhirnya Allah izinkan rezeki anak dengan jalan yang berbeza.

“Saya nasihatkan usahalah untuk susukan. Ambillah suntikan atau makan ubat asal bayi dapat menyusu sekurang-kurangnya lima kali kenyang yea. Senang nanti bila besar,” ujarnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen dan pengikutnya memuji tindakan Abby yang sanggup bersusah payah dalam membantu pasangan yang mengimpikan zuriat.

Difahamkan, sehingga kini Abby sudah berjaya membantu lebih 30 pasangan untuk mendapatkan bayi angkat.





Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo