Infotainment

Abu Bakar Atan Ucap Selamat Tinggal Buat TV3 Selepas Hampir 30 Tahun

Abu Bakar Atan Ucap Selamat Tinggal Buat TV3 Selepas Hampir 30 Tahun 2

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Itulah antara kata-kata terakhir penyampai berita sukan TV3, Abu Bakar Atan ketika menyampaikan berita terakhir beliau pada malam semalam.

Ucapan itu hadir sebagai tanda perpisahan antara beliau dan juga syarikat penyiaran itu selepas 26 tahun bersama mereka dalam menyampaikan pelbagai berita sukan sebelum ini.

abu bakar atan

Abu Bakar Atan di awal kariernya bersama TV3

Daripada Sukan SEA sehinggalah Sukan Olimpik, Abu Bakar Atan sebelum ini sememangnya antara individu yang sangat sinonim dengan laporan sukan di Malaysia dan kini selepas hampir 3 dekad -beliau akhirnya meninggalkan tugas berkenaan.

“Baiklah, setiap yang bermula pasti akan berakhir, begitu juga perjalanan saya sebagai penyampai sukan di Buletin Utama.

“Selepas 26 tahun bertugas kini tiba masanya untuk saya mengundur diri. Jutaan terima kasih saya ucapkan di atas segala sokongan anda selama ini. Saya amat, amat menghargainya.

“Dengan itu, sekian sahaja buat waktu ini. Saya Abu Bakar Atan, salam hormat, InsyaAllah sampai kita berjumpa lagi,” ucap Abu Bakar Atan dalam Buletin Utama pada semalam.

Pemergian beliau yang sememanganya antara wartawan dan pembaca berita sukan paling dikenali ramai pastinya dirasai para penonton segmen berita di saluran berkenaan.

Malah beliau bukan sahaja berjaya menjadi wajah kewartanan sukan di Malaysia tetapi telah membuatkan kita semua berasa teruja mendengar setiap perkhabaran mengenai sukan setiap kali beliau ke udara.

Walaupun segmen sukan merupakan antara yang paling pendek namun ianya pasti menjadi antara yang dinanti-nantikan terutama bila berlangsungnya temasya sukan yang besar di seluruh dunia.

Hari Terakhir Abu Bakar Atan Di Buletin Utama

Hari Terakhir Abu Bakar Atan Di Buletin UtamaHari terakhir ikon penyiaran sukan Abu Bakar Atan menjadi penyampai berita segmen sukan di Buletin Utama.‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

Posted by Buletin TV3 on Tuesday, December 29, 2020

Baca juga perkongsian kami mengenai hos Nightline sebelum ini yang juga sangat sinonim dengan rakyat Malaysia terutama mereka yang gemar menonton slot Mega Movie di TV3 suatu ketika dahulu di bawah. 

Ditegur Sering ‘Kacau’ Slot Mega Movie, Hos Nightline Beri Respons Melucukan Kepada Netizen

‘Ali Awak Buat Apa Ali?’- Telatah Wartawan TV3 Ditegur Cikgu Ini Buat Netizen Tergelak

Bersih Luar Dalam, Gelagat Wartawan Basuh Kereta Dengan Tingkap Terbuka Buat Netizen Tertawa




Abu Bakar Atan Ucap Selamat Tinggal Buat TV3 Selepas Hampir 30 Tahun 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo