Infotainment

Acah Tampar Wanita Di Pasar Raya, Tindakan YouTuber Ini Sedang Dikesan Pihak Polis

Acah Tampar Wanita Di Pasar Raya, Tindakan YouTuber Ini Sedang Dikesan Pihak Polis 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat kebanjiran YouTuber tempatan yang cuba menghasilkan konten dalam menarik perhatian penonton. Di sebalik usaha yang dilakukan, terdapat juga YouTuber yang memilih cara yang salah untuk menjadi viral sekaligus menjadi buah mulut netizen.

Situasi ini nampaknya berlaku kepada seorang YouTuber yang hadir dengan konten acah menampar individu tidak dikenali di pasar raya. Aksi yang keterlaluan ini turut dimuat naik di YouTube melihatkan beliau bersama rakannya acah menampar dua wanita tidak dikenali serta mengganggu mereka.

Meskipun permohonan maaf secara terbuka sudah dibuat serta video sudah diturunkan selepas mendapat kecaman netizen, pihak polis memaklumkan pihak mereka sedang mengesan individu yang terlibat dalam video tersebut.

Acah Tampar Wanita Di Pasar Raya, Tindakan YouTuber Ini Sedang Dikesan Pihak Polis 2

Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Anuar Omar

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Anuar Omar, pihaknya mengesan video berkenaan menerusi sebuah akaun halaman di Facebook sekitar sekitar hari Jumaat lalu.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru saksi atau individu yang terlibat untuk tampil membantu siasatan manakala orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi.

Situasi yang berlaku ini nyata memberi pengajaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati sebelum membuat konten agar tidak mengganggu ketenteraman atau sensitiviti individu lain.

Bukan sahaja pihak polis, isu ini turut mengundang kepada kemarahan netizen yang berang dengan konten yang dihasilkan.

Acah Tampar Dan Ganggu Wanita Tidak Dikenali, Tindakan YouTuber Ini Undang Kemarahan Netizen

Ditinggal Kerana Kulit Gelap, ‘Glowup’ Gadis Ini Buat Netizen Risau

 


Acah Tampar Wanita Di Pasar Raya, Tindakan YouTuber Ini Sedang Dikesan Pihak Polis 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo