Artikel Terkini

Adira Suhaimi ketawa, dikata janda anak empat

Adira Suhaimi ketawa, dikata janda anak empat
Adira Suhaimi ketawa, dikata janda anak empat 1

PETALING JAYA – Penyanyi Adira Shuhaimi hanya mampu ketawa apabila mengetahui sebuah akaun TikTok palsu menggunakan gambar dan juga identitinya.

Apa yang membuatkan penyanyi berusia 31 itu berasa lucu apabila akaun TikTok tersebut mendakwa dirinya merupakan janda kepada empat orang cahaya mata.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Adira dalam Instagram miliknya, penyanyi asal Sabah itu disoal seorang pemintanya menerusi ruangan ‘soal jawab’ InstaStory.

“Adira tadi nampak dalam TikTok katanya Adira bercerai. Betul ke?” soal seorang peminatnya.

Menjawab soalan tersebut, Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi memberitahu, akaun TikTok tersebut adalah palsu.

“Fake account (akaun palsu). Jangan tertipu dan jangan ‘follow’. Alhamdulillah saya masih bersama suami. Sayang lagi,” katanya.

Dalam hantaran berbeza, Adira juga meminta peminatnya supaya tidak terlalu percaya dengan berita-berita palsu membabitkan dirinya.

“Jangan percaya. Ada-ada sahaja. Nak dengar boleh, tapi percaya jangan. Doakan yang baik-baik,” ujar Adira sambil ketawa.

Gosip membabitkan pergolakan rumah tangga Adira bersama suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red pernah timbul sejak beberapa tahun lalu.

Sekitar 2019, tersebar gosip bahawa mengatakan pasangan itu sudah bercerai ketika Adira sedang sarat hamil anak ketiga.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Ku Ada Kamu itu menafikan dakwaan tersebut dan menganggap bahawa cerita berkenaan sebagai tidak benar dan palsu.

Untuk rekod, Adira bernikah dengan suaminya pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 5, Asan, 4, Anggun, 3 dan Ayub, dua bulan. – KOSMO! ONLINE


Adira Suhaimi ketawa, dikata janda anak empat 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo