Berita

Adun Dengkil positif Covid-19 | Harian Metro

Adun Dengkil positif Covid-19 | Harian Metro 2

Dengkil: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dengkil, Adhif Shan Abdullah mengesahkan beliau positif Covid-19 dan akan dirawat di hospital esok.

Beliau berkata, pada mulanya beliau membawa pemandu peribadi ke klinik semalam selepas mendapati dia demam sejak dua hari lalu dan ujian Covid-19 menunjukkan keputusan positif hari ini.

Katanya, beliau seterusnya membuat pemeriksaan pada hari sama dan didapati positif walaupun tiada sebarang simptom demam atau batuk.

“Saya juga sudah mengarahkan kakitangan pejabat menjalankan pemeriksaan di klinik dan kuarantin diri,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Merujuk hantaran di Facebooknya, wakil rakyat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu terbabit dengan beberapa program pada Khamis lalu bersama penduduk di Desa Air Hitam dan Putra Perdana, Puchong.

Semalam, beliau hadir bersama penduduk dalam Program Ziarah Prihatin di Kampung Olak Lempit dan Taman Bukit Changgang Jaya, Bukit Changgang, Dengkil.

Adhif berkata, ketika ini beliau masih dalam keadaan stabil dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membawanya ke hospital esok bagi menjalani rawatan dan kuarantin.

Katanya, KKM serta pihak berkuasa lain sudah dimaklumkan dan semua kontak rapat dikesan dan akan disaring mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai kontak rapat dengan dirinya dinasihatkan memberi kerjasama sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa.”

“Sehubungan itu, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Dengkil akan ditutup selama 14 hari untuk operasi sanitasi.

“Saya memohon maaf sekiranya perkara ini mendatangkan sebarang kesulitan dan masalah kepada penduduk,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Adun Dengkil positif Covid-19 | Harian Metro 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo