Berita

AFFIN Bank raih pendapatan RM2.26 bilion

AFFIN Bank raih pendapatan RM2.26 bilion 2

Kuala Lumpur: AFFIN Bank Bhd meraih pendapatan bersih RM2.264 bilion bagi tahun kewangan berakhir 2020, peningkatan 18.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ia disokong pendapatan bukan faedah lebih tinggi, khususnya daripada peningkatan dalam instrumen kewangan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN Bank, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, keuntungan sebelum cukai diraih kumpulan dalam tahun kewangan dikaji bagaimanapun susut 42.9 peratus kepada RM386.7 juta, berbanding RM677 juta dalam tahun kewangan terdahulu.

“Ini disebabkan oleh elaun kerugian kredit lebih tinggi, terutama peruntukan langkah awal berkaitan Covid-19 dan perbelanjaan operasi lebih tinggi, selain kerugian pengubahsuaian sekali saja berkaitan langkah bantuan Covid-19 kira-kira RM80 juta,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, Pelan Metamorphosis AIM22 AFFIN Bank yang dilancarkan pada 2020, menunjukkan keputusan positif dengan pendapatan 18.3 peratus lebih tinggi serta pertumbuhan akaun semasa dan simpanan (CASA) sehingga 14 peratus.

“Selain itu, nisbah kos berbanding pendapatan meningkat daripada 63 peratus pada 2019 kepada 57 peratus pada tahun dikaji, dengan pertambahan jumlah pelanggan baharu.

“Kami juga merancang untuk melancarkan beberapa inisiatif digital pada separuh pertama 2021 bagi menyokong peningkatan permintaan produk digital,” katanya.

Wan Razly berkata, 2020 adalah tahun sukar kepada bank dari segi impak kewangan dan peruntukan yang perlu dihadapi, berikutan isu kualiti aset berpunca daripada kelembapan ekonomi Covid-19.

“Bagaimanapun, kami terus menggiatkan usaha untuk membantu pelanggan dalam tempoh sukar ini menerusi moratorium dan pakej bantuan kewangan dengan sokongan kerajaan.

“Kami optimis bahawa pelaksanaan program vaksinasi akan mempercepat pemulihan ekonomi Malaysia dalam bulan-bulan akan datang,” katanya.

AFFIN Bank mengisytiharkan dividen 3.5 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

AFFIN Bank raih pendapatan RM2.26 bilion 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo