Artikel Terkini

Agensi, GLC bawah Kementerian Kewangan perlu sentiasa bantu rakyat

Agensi, GLC bawah Kementerian Kewangan perlu sentiasa bantu rakyat
Agensi, GLC bawah Kementerian Kewangan perlu sentiasa bantu rakyat 1

MACHANG – Kementerian Kewangan mahu semua agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah selian kementerian itu memainkan peranan lebih proaktif dalam membantu rakyat yang terjejas dengan banjir menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, agensi dan GLC di bawah kementerian tersebut perlu menjadi contoh dalam membantu rakyat yang sedang berdepan musibah.

“Saya mahu agensi kerajaan dan GLC (di bawah Kementerian Kewangan) lebih proaktif melaksanakan CSR tanpa perlu menunggu arahan supaya usaha membantu mereka yang terkena musibah seperti banjir dapat dilaksanakan secara terus.

“Apabila dapat tahu mengenai bencana seperti banjir, ribut dan kebakaran, bantu segera tanpa perlu saya turun padang,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan bencana banjir berjumlah RM80,000 di Pejabat Tanah dan Jajahan Machang di sini hari ini.

Ahli Parlimen Pontian itu memberitahu, agensi di bawah kementeriannya yang mengutip hasil seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga perlu terlibat dalam CSR bagi membantu rakyat.

Katanya, beliau berharap agensi-agensi lain juga dapat memberi keutamaan CSR kepada rakyat ketika mereka dilanda musibah dan kesusahan.

“Sebagai contoh, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hari ini telah menyumbangkan 800 bungkusan makanan yang setiap satunya bernilai RM100 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM80,000. Selain itu, JKDM pula menyumbangkan beras,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.


Agensi, GLC bawah Kementerian Kewangan perlu sentiasa bantu rakyat 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo