Infotainment

Ahmad Izham Omar Dilantik Pengarah Eksekutif Khas Untuk Kandungan Kreatif Disney+


Syarikat The Walt Disney bahagian Asia Tenggara telah mengumumkan Ahmad Izham Omar sebagai pengarah kandungan dan kreatif yang baharu bagi perkhidmatan langgan video iaitu Disney+.

Ahmad Izham akan ditempatkan di Singapura di mana beliau akan melaporkan diri kepada Amit Malhotra, Ketua Serantau bagi syarikat The Walt Disney bahagian Asia Pasifik.

Menurut laporan, Ahmad Izham bertanggungjawab dalam menghasilkan serta menerbitkan kandungan yang menepati ciri-ciri bagi platform tersebut termasuklah program-program di bawah syarikat The Walt Disney.

ahmad_izham_omar

Sumber: Marketing Interactives

“Ahmad Izham telah dilantik pada waktu yang sangat penting kerana Disney+ telah membuat keputusan untuk memperluaskan platform kami ke bahagian Asia Tenggara.

“Mempunyai visi yang strategik, pengalaman yang meluas dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan, beliau akan membawa syarikat ini ke arah kepelbagaian penceritaan yang menarik di Disney+ buat pelanggan,” kata Amit Malhotra.

Ketika ini, Disney+ masih belum tersedia di Malaysia dan tarikh kemasukan platform itu masih tidak diketahui. Difahamkan, Indonesia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki Disney+.

Bagi yang kurang mengenali Ahmad Izham, selain menjawat jawatan sebagai bekas Pegawai Eksekutif Primeworks Studios Sdn Bhd, beliau turut melancarkan saluran TV8 pada tahun 2003.

Beliau telah bekerjasama dengan pelbagai artis tanah air Malaysia termasuklah Faizal Tahir, Siti Nurhaliza dan Too Phat.

Penulis skrip dari Malaysia, Adele Lim sebelum ini disahkan akan menulis untuk sebuah animasi Disney. klik pada pautan di bawah.

Selepas Crazy Rich Asians, Wanita Malaysia Ini Jadi Penulis Skrip Filem Animasi Terbaru Disney

BoboiBoy The Movie 2 Cipta Sejarah Tercalon Finalis Anugerah Filem Animasi New York

James Wan Dipilih Sebagai Penerbit Filem Mortal Kombat Terbaru






Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo