Infotainment

Akibat Hentikan Trafik Demi VVIP, Dua Buah Kereta Kemalangan

Akibat Hentikan Trafik Demi VVIP, Dua Buah Kereta Kemalangan
Akibat Hentikan Trafik Demi VVIP, Dua Buah Kereta Kemalangan 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Sebelum ini tular video memaparkan ambulan terpaksa berhenti demi memberi laluan kepada VVIP. Kini, sekali lagi muncul isu menghentikan trafik untuk melancarkan perjalanan VVIP.

Menerusi video yang tular, dapat dilihat pihak polis menghentikan trafik untuk memberi laluan kepada VVIP lalu mengakibatkan dua buah kereta kemalangan iaitu kereta Wira dan kereta Kelisa.

Kemalangan tersebut berlaku apabila kereta Wira berhenti mengejut selepas anggota polis memberikan isyarat untuk berhenti dan kereta Kelisa yang berada di belakang kereta Wira berkemungkinan tidak sempat untuk menekan brek lalu melanggar kereta Wira itu.

Kemudian, konvoi VVIP dilihat melalui jalan tersebut ketika kemalangan tersebut berlaku. Kejadian ini dipercayai berlaku di Kuching, Sarawak dan video kemalangan ini menjadi bualan netizen.

Rata-rata netizen mengecam tindakan pihak polis yang memberikan laluan kepada VVIP sehingga berlakunya kemalangan. Malah, para netizen turut menzahirkan rasa bengang apabila para konvoi VVIP itu hanya berlalu pergi ketika kemalangan berlaku dan tidak menghulurkan bantuan.

Bukan itu sahaja, netizen turut kecewa kerana perkara ini terjadi semata-mata untuk melancarkan laluan VVIP. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak polis berhubung kejadian ini.

Sementara itu, rakyat sering ‘mengalah’ untuk beri laluan kepada VVIP, klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Demi Lancarkan Laluan VIP, Ambulans Sekali Lagi Dilihat Terpaksa ‘Mengalah’ Bersama Pemandu Lain

Ambulans Didakwa Terpaksa Berhenti, Pihak Polis Jelaskan Isu Beri Laluan Pada Konvoi VIP


Akibat Hentikan Trafik Demi VVIP, Dua Buah Kereta Kemalangan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list