Infotainment

Aksi Panggang Daging Babi Di Ekzos Sebabkan Kerosakan RM329,000 Pada Lamborghini Ini

Aksi Panggang Daging Babi Di Ekzos Sebabkan Kerosakan RM329,000 Pada Lamborghini Ini

Aksi Panggang Daging Babi Di Ekzos Sebabkan Kerosakan RM329,000 Pada Lamborghini Ini 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Setiap orang pasti ada style memanggang daging yang tersendiri dan unik. Maka tidak hairan kerana ada juga antara mereka yang tidak kisah atau tidak berasa jijik memanggang daging menggunakan ekzos kereta sport mewah milik mereka.

Memetik laporan Oddity Central, seorang lelaki di China secara tiba-tiba menjadi terkenal setelah tular satu video di media sosial menunjukkan aksi ekstrem dia bersama rakan-rakannya yang melakukan aktiviti memanggang barbeku daging babi menggunakan api ekzos pada kereta Lamborghini miliknya.

Difahamkan lelaki berkenaan sudah berpakat dengan rakan-rakannya untuk melakukan cubaan aksi ekstrem tersebut di sebuah garaj bawah tanah di Changsa, di wilayah Hunan.

Enjin kereta dihidupkan lalu lelaki terbabit menekan pedal minyak sekuat hati tanpa menggerakkan keretanya. Ekzos mengeluarkan api dan sementara itu salah seorang rakannya mengambil beberapa kepingan daging babi lalu memanggangnya pada api ekzos kereta tersebut.

Aksi ekstrem ini telah mengundang padah apabila tangki air kereta tersebut meletup sehingga mengeluarkan kepulan asap tebal berwarna putih. Difahamkan, tekanan pedal minyak yang melampau tanpa menggerakkan kereta telah menyebabkan radiator meletup dan kebocoran cecair penyejuk atau coolant pada bahagian bawah kereta tersebut.

Susulan itu, lelaki berkenaan serta rakan-rakannya bergegas berlari meninggalkan lokasi kejadian dan menunggu sehingga kereta tersebut berhenti mengeluarkan asap.

Akibat perbuatan itu, lelaki berkenaan terpaksa menanggung kos kerugian sekitar $80,000 (RM329,808) untuk membaiki kerosakan yang berlaku pada keretanya. Meskipun kereta telah rosak, pemilik Lamborghini berkenaan masih boleh lagi tersenyum ketawa semasa dia bersama-sama rakannya menolak kereta tersebut ke trak tunda.

Aksi ekstrem tersebut sempat dirakam lalu dimuat naik ke media sosial. Video tersebut tular sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen. Rata-rata netizen mengutuk sikap kurang akal seperti yang dipamerkan oleh kumpulan lelaki tersebut yang langsung tidak mahu menghargai pembelian kereta mewah Lamborghini tersebut.

Pada pamer kebolehan memasak di YouTube, Ahli Mafia Itali ditahan polis. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

Padah Pamer Kebolehan Memasak Di YouTube, Ahli Mafia Itali Ditahan Polis

Che Nom Izinkan Orang Ramai Guna Resipi Dan Gambar Masakan Untuk Berniaga

Hanya Rakam Menggunakan Telefon, ‘Channel’ YouTube Masakan Wanita Ini Kini Dibayar Google



Aksi Panggang Daging Babi Di Ekzos Sebabkan Kerosakan RM329,000 Pada Lamborghini Ini 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo