Artikel Terkini

Aktiviti gim bermula: Pilih waktu sesuai, elak kesesakan – Pakar kecergasan

Aktiviti gim bermula: Pilih waktu sesuai, elak kesesakan - Pakar kecergasan 1

Aktiviti gim bermula: Pilih waktu sesuai, elak kesesakan - Pakar kecergasan 2

Aktiviti gim bermula: Pilih waktu sesuai, elak kesesakan - Pakar kecergasan 3

Ahli dan pelanggan gimnasium dinasihatkan memilih waktu yang sesuai untuk beriadah di pusat kercergasan itu bagi mengelakkan kesesakan ruang pada satu-satu masa.

Selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, pengusaha gimnasium juga perlu memainkan peranan sewajarnya dalam memastikan kebersihan fasiliti dan keselamatan ahli dan pelanggan mereka, ujar pakar kecergasan, Kevin Zahri.

“Saya sendiri akan lebih was-was sejauh mana SOP itu dikuatkuasakan.

“Saya harap ia agak ketat dengan kawalan suhu, hand sanitizer dan aspek – aspek kesihatan lain untuk menjaga keselamatan dan kesihatan pengunjung.

“Saya sendiri akan elakkan waktu puncak, mungkin lepas waktu pejabat, jadi bagi mereka yang ada masa sesuai kunjungi gim pada waktu offpeak, tetapi mereka yang agak kurang senang dengan permulaan ini, look and feel at set dulu sebelum teruskan aktiviti,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Dalam pada itu, Kevin juga memaklumkan banyak pusat kecergasan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Selepas tiga bulan tidak beroperasi, SOP baru yang dikenakan kini mungkin menambahkan beban buat pengusaha yang sedang bergelut untuk meneruskan kelangsungan pusat kecergasan mereka.

“Kebanyakan gim seluruh Malaysia adalah milik sendiri dan sangat tertekan dengan PKP, PKPB sepanjang tiga bulan ini… malah ada yang tutup terus gim mereka.

“Saya secara peribadi, walaupun SOP diberikan sangat jelas, tetapi persoalannya sejauh mana ia dilaksanakan di gim masing-masing.

“Saya meramalkan gim di kawasan bandar yang stabil dari segi kewangan mungkin akan jalankan SOP itu dengan ketat, tetapi di luar bandar, dengan  beban kewanagan sedia ada, ia akan jadi beban tambahan buat mereka. Ini bukan mudah, samada buat gim yang eksklusif mahupun yang lebih kecil,” tambahnya lagi.

Bermula 15 Jun ini, pusat kecergasan dan gimnasium dibenarkan beroperasi semula dibawah perintah kawalan pergerakan pemulihan PKPP namun perlu mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan.
Bagaimanapun aktiviti bertinju masih belum dibenarkan.



Aktiviti gim bermula: Pilih waktu sesuai, elak kesesakan - Pakar kecergasan 2

Source link