Artikel Terkini

Aktiviti muat naik kandungan bersifat ancaman, provokatif meningkat

Aktiviti muat naik kandungan bersifat ancaman, provokatif meningkat
Aktiviti muat naik kandungan bersifat ancaman, provokatif meningkat 1

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesan peningkatan aktiviti memuat naik kandungan bersifat mengancam dan provokatif yang semakin berleluasa dalam talian ketika ini.

Sehubungan dengan itu, Pengerusi Interimnya, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, berkata, MCMC komited dalam mempercepatkan kajian ke atas kerangka pengurusan kandungan dalam talian bagi membanteras penyebaran kandungan yang boleh mewujudkan perpecahan dalam masyarakat di negara ini.

“Sudah tiba masanya kerangka kawal selia semasa perlu dikaji semula berikutan keadaan semasa di alam siber yang dilihat di luar kawalan yang memungkinkan penyebaran kandungan-kandungan yang mengancam keselamatan dan keharmonian negara, pandangan ekstremisme dan palsu.

“Kajian ini meliputi kerangka kawal selia dalam aspek pelesenan, kesesuaian hukuman atau penalti semasa serta keperluan untuk memperkenalkan undang-undang baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohamad Salim, negara-negara seperti Indonesia, Singapura dan Australia telah pun memperkenalkan undang-undang secara langsung dalam mengawal selia platform penyedia perkhidmatan media sosial agar mereka lebih bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan dalam menguruskan kandungan yang mengancam.

Ujarnya lagi, kesemua langkah berkenaan bertujuan untuk menghindari orang ramai daripada bersifat melampau dan menyebarkan pandangan berbaur provokatif ketika berada dalam talian.

“MCMC juga menyeru semua pihak untuk sama-sama menghormati dan menerima kepelbagaian, keterangkuman, perasaan hormat kepada kaum, agama
dan Institusi Raja.

“Kita boleh mencapai matlamat ini dengan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang mana Rukun Negara bertujuan untuk mewujudkan keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia,” ujarnya lagi. – KOSMO! ONLINE


Aktiviti muat naik kandungan bersifat ancaman, provokatif meningkat 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo