Artikel Terkini

Aktres mati dipercayai bunuh diri, bekas kekasih direman

Aktres mati dipercayai bunuh diri, bekas kekasih direman
Aktres mati dipercayai bunuh diri, bekas kekasih direman 1

SUSULAN kematian aktres Bollywood, Tunisha Sharma yang ditemui mati tergantung tergantung di set penggambaran pada Sabtu lalu, bekas kekasihnya yang juga pelakon ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Penahanan tersebut dilakukan selepas ibu mendiang mendakwa Sheezan Khan, 28, ada kaitan dengan kematian bintang muda berusia 20 tahun itu. Sheezan dikatakan mendorong tindakan Tunisha mencabjut nyawa sendiri selepas mengalami kemurungan akibat putus cinta.

Mereka berdua didakwa menjalin hubungan cinta sejak lima bulan lalu ketika sama-sama menjayakan sebuah drama.

Ketika soal siasat, aktor tersebut menyatakan dia terpaksa memutuskan hubungan mereka beberapa hari sebelum insiden berkenaan disebabkan perbezaan agama.

Bagaimanapun, ibu Tunisha mendakwa perpisahan mereka tiada kena mengena dengan agama, sebaliknya Sheezan yang telah berlaku curang.

Malah bapa saudara mendiang turut menyelar sikap lelaki itu yang menghancurkan hati anak buahnya hingga mengakibatkan kejadian tidak diingini.

Terdahulu, Tunisha ditemui mati dipercayai membunuh diri di bilik air di sebuah set penggambaran drama di Palghar.

Dia dikatakan tidak kembali ke set dalam waktu yang lama hingga kru terpaksa memecahkan pintu tandas sebelum menemui jasadnya yang tidak bernyawa.

Inspektor Kanan Kailash Barve dari Balai Polis Valiv, Mumbai memberitahu media India bahawa Tunisha terus dibawa ke hospital berhampiran.

Polis sehingga kini masih menyiasat kes berkenaan dari semua sudut termasuk jenayah pembunuhan, namun meminta semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi.

Polis juga menafikan desas-desus mengatakan pelakon itu hamil seperti yanh dipersoalkan media. Terdahulu, pada hari sama kematian, Tunisha memuat naik video dalam Instagram Story menunjukkan dirinya berada di set penggambaran sebuah program televisyen.

Nama Tunisha mula dikenali menerusi Bharat Ka Veer Putra – Maharana Pratap dan kemudian muncul dalam beberapa lagi drama popular termasuk Chakravartin Ashoka Samrat, Gabbar Poonchwala, Sher-e-Punjab: Maharaja Ranjit Singh dan Internet Wala Love. – KOSMO! ONLINE


Aktres mati dipercayai bunuh diri, bekas kekasih direman 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo