Berita

Ali XPDC alami masalah jantung

Ali XPDC alami masalah jantung 2

Shah Alam: Penyanyi kumpulan XPDC, Mohd Ali Ismail atau Ali, 53, dikejarkan ke Hospital Shah Alam malam tadi selepas mengalami kesukaran bernafas dan masalah jantung.

Penyanyi, Datuk Nash yang menziarahinya hari ini berkata, keadaan Ali kini stabil dan dia ditempatkan di Zon Kuning.

“Sebaik sampai malam tadi, Ali yang dibawa isterinya terus ditempatkan di Zon Merah untuk pemeriksaan segera doktor. Mereka beritahu saya tekanan darahnya terlalu tinggi.

“Dalam masa sama, dia masih perlu menjalani ujian swab untuk Covid-19 dan kena tunggu keputusan yang dikeluarkan,” katanya.

Sementara itu, Ali meminta rakan-rakan dan peminat mendoakannya agar segera sembuh.

“Saya mohon doakan saya sekarang yang dimasukkan ke Hospital Shah Alam. Ada sedikit ujian dari Allah SWT. Moga doa kalian dimakbulkan dan Insya-Allah saya akan kembali pulih seperti sediakala. Doakan,” katanya menerusi rakaman video.

Terdahulu, Ali pernah melecur 30 peratus di tangan dan muka selepas disambar api ketika sedang membakar sampah di rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Klang pada 26 Mac tahun lalu.

Penderitaannya mendapat perhatian ramai pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa, Dr Daroyah Alwi yang hadir menyerahkan bantuan bagi meringankan bebannya. 

Tidak terkecuali, Konsortium Irama (Irama) dan Muzikal Malaysia turut bergabung membantu Ali apabila mewujudkan Tabung Kecemasan Kemalangan Penggiat Seni Muzik.

Ali XPDC alami masalah jantung 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo