Berita

Alicia Amin kini isteri doktor

Alicia Amin kini isteri doktor 2

Kuala Lumpur: Pelakon dan model, Alicia Amin, 26, selamat bernikah dengan jejaka pilihannya yang  juga doktor, Farzan Iqbal, 27, pada jam 11 pagi tadi, di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin sah bergelar isteri dengan sekali lafaz. Dia dinikahkan bapanya Raja Amin Raja Mokthar selaku wali di hadapan ahli keluarga dan rakan terdekat.

Majlis yang berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) itu cuma dihadiri enam orang sahaja. Manakala, wang hantaran dan mas kahwin dirahsiakan.

Menurut pelakon siri The Bridge itu, dia bersyukur majlisnya dipermudahkan dan berjalan lancar meskipun di waktu-waktu pandemik Covid-19 ini.

“Saya rasa sangat bertuah dapat melangsungkan pernikahan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Persiapan kami memang singkat dan mujur dapat juga tarikh secepat mungkin.

“Kami belum ada perancangan untuk mengadakan sebarang resepsi selagi masih dalam tempoh PKP. Begitu juga perancangan bulan madu, tak terfikir lagi pun,” katanya.

Farzan pula berkongsi, dia sangat bertuah dipertemukan jodoh dengan Alicia. Menurutnya, Alicia sememangnya menepati ciri-ciri isteri idamannya.

“Sewaktu bertemunya awal-awal dulu, saya sangat tertarik dengan keperibadiannya yang tersendiri. Alicia adalah wanita yang berani, lantang, tapi dalamannya sangat penyayang.

“Karakter kami sebenarnya hampir sama. Disebabkan itu, saya rasa kami memang saling melengkapi sesama-sendiri,” katanya.

Pada majlis  pernikahannya,, Alicia anggun dalam busana rona putih rekaan Alia Bastamam dan mendapat sentuhan tata rias daripada Khir Khalid. Pasangan ini berkenalan lebih setahun yang lalu. 

 

Alicia Amin kini isteri doktor 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo