Berita

ALIFE anjur forum untuk pulihkan industri persembahan langsung

ALIFE anjur forum untuk pulihkan industri persembahan langsung 2

Kuala Lumpur: Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa (ALIFE) bakal menganjurkan acara forum ALIFE Again: Mencipta Masa Depan Baru Untuk Acara Langsung (ALIFE Again) pada 21 Januari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pengerusi ALIFE Malaysia, Para Rajagopal berkata, acara yang akan diadakan secara hibrid dengan sebilangan kecil peserta secara langsung serta penyertaan online itu akan membincangkan mengenai pemulihan industri acara langsung yang kini terkesan teruk akibat Covid-19.

“Tahun 2020 adalah tahun yang sangat sukar buat industri kami dan jalan penyelesaiannya sangat lambat dan tidak konsisten. Pihak ALIFE berkomitmen untuk terus berusaha bagi mengjangkau semua pihak yang berkepentingan dalam sektor swasta dan agensi kerajaan.

“Penganjuran acara forum Ini sekaligus bagi mencari penyelesaian jangka panjang dan kelanjutan untuk menuju pemulihan industri acara langsung,” katanya dalam sesi sidang media virtual hari ini.

ALIFE anjur forum untuk pulihkan industri persembahan langsung 3

Menurutnya, ALIFE juga ingin membuktikan bahawa acara langsung adalah satu industri yang sentiasa mementingkan keselamatan walaupun sebelum krisis pandemik Covid-19 melanda dunia.

“Kami ingin cuba buktikan bahawa acara langsung adalah industri yang selamat. Sebelum pandemik pun, keselamatan adalah keutamaan dan kalau dilihat, di mana-mana acara langsung akan ada pengawal keselamatan untuk memastikan keselamatan serta kelancaran acara,” katanya.

Hadir sama sebagai panel dalam sidang media itu ialah Presiden ALIFE Malaysia, Rizal Kamal serta anggota majlis ALIFE Malaysia, Shirazdeen Karim yang bertindak sebagai moderator.

Forum itu akan  menampilkan ahli panel berpengalaman dalam pelbagai bidang berkaitan ekosistem siaran langsung dan menyentuh pelbagai topik seperti menghidupkan kembali industri hiburan tempatan, perubahan landskap persembahan secara langsung di seluruh dunia dan teknologi dalam transmisi migitati, dana kerajaaN dan bantuan kewangan serta prosedur standard operasi dan kelulusan acara. 

Antara ahli panel yang terbabit adalah legenda muzik Malaysia, Datuk M Nasir; Pengarah Urusan BAC Education Group, Rajasingham; Ketua Pegawai Eksekutif Pouch Nation, Ilya Kravtsov; Pengarah Kanan Celebrity 360, Kim Lim dan ramai lagi.

ALIFE anjur forum untuk pulihkan industri persembahan langsung 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo