Berita

Amal dasar galak eksport | Harian Metro

Amal dasar galak eksport | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Kerajaan akan terus membangunkan ekosistem yang membolehkan perniagaan berkembang maju dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, tanpa menjadikan pandemik Covid-19 sebagai alasan untuk dasar mementingkan dalaman dan berfikiran sempit, kerajaan sebaliknya akan terus mengamalkan dasar yang memastikan keadaan pasaran menggalakkan untuk eksport Malaysia.

“Benar, sebagai negara membangun yang mempunyai hubungan global yang kukuh, Malaysia yakin terhadap perdagangan dan pelaburan yang bebas, saksama dan terbuka.

“Sebagai Perdana Menteri, saya mahu memanfaatkan peluang ini untuk menawarkan jaminan sepenuh hati saya bahawa Malaysia telah, sedang dan akan sentiasa menjadi negara yang menyokong perniagaan, properdagangan dan propelaburan,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan Sidang Kemuncak Ekonomi China Dunia secara maya, semalam.

Beliau berkata, berlandaskan kaedah dasar yang betul, langkah pencegahan disasarkan dan idea perkongsian awam-swasta baharu yang jarang berlaku, Malaysia boleh berjaya memerangi pandemik ini dan segera mengatasi kesan krisis ekonomi yang timbul.

“Oleh itu, kita perlu meneroka segala peluang dalam ruang ini, supaya dapat mengupayakan kita dengan pantas bagi menetapkan sistem yang membolehkan kita mencapai keseimbangan di antara keutamaan kesihatan dengan keperluan ekonomi,” katanya.

Muhyiddin berkata, dalam usaha bersama ke arah keseimbangan yang sukar dicapai ini, amat penting untuk kerajaan di seluruh dunia terus kekal mendukung falsafah dan peraturan asas yang mentadbir urus perdagangan antarabangsa, seterusnya memberikan kepastian dan boleh jangka untuk perniagaan.

Beliau berkata, ia kemudian menekankan dasar perlindungan dan unilateralisme mesti ditangani, membenarkan aliran barangan dan perkhidmatan rentas sempadan tanpa sekatan di samping memastikan gangguan terhadap rantaian bekalan serantau dan global adalah minimum.

Perdana Menteri berkata, menyedari China sebagai penyokong utama sistem perdagangan pelbagai hala, menjadi negara yang mempengaruhi negara lain untuk bertindak rasional dan sederhana sepanjang krisis Covid-19, menggesa negara lain untuk memastikan langkah kecemasan yang diperkenalkan bagi mengurangkan risiko berkaitan pandemik tidak menjejaskan aliran perdagangan dan pelaburan secara tidak seimbang.

“Sememangnya pandangan vokal China bahawa kita tidak seharusnya menjadikan Covid-19 sebagai alasan untuk dasar mementingkan dalaman dan berfikiran sempit senada dengan Malaysia,” katanya.

Muhyiddin turut berkongsi usaha kerajaan menerusi beberapa langkah dan pakej rangsangan ekonomi untuk mengekalkan operasi perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro.

Amal dasar galak eksport | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo