Berita

Amaran tegas dan keras Danial Zaini!

Amaran tegas dan keras Danial Zaini! 1

Amaran tegas dan keras Danial Zaini! 2

Shah Alam: Pelawak dan penyampai radio, Danial Zaini mengakui terkilan apabila fotonya bersama kereta mewah yang baru dibeli dijadikan iklan oleh sebuah saham pelaburan di laman sosial seperti Facebook dan Instagram.

Danial menegaskan, dia tidak pernah terbabit dengan mana-mana saham pelaburan sekali gus menafikan dakwaan kereta Mercedes Benz CLA yang baru dibeli itu adalah hasil duit terbabit.

Enggan namanya disalahguna oleh pihak tidak bertanggungjawab, Danial tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, di sini, hari ini.

“Sejak Ahad lalu saya menerima banyak mesej peribadi (DM) di Instagram yang bertanyakan mengenai kesahihan sebuah iklan saham pelaburan yang menggunakan foto saya.

“Menerusi iklan terbabit, ia turut tertera logo Bank Negara Malaysia (BNM) dan penyata transaksi oleh BNM ke sebuah akaun yang bukan milik saya.

“Disebabkan itu, saya tampil membuat laporan polis kerana tidak mahu sesiapa terpedaya atau percaya dengan iklan yang dibuat berkenaan.

“Saya juga mohon pihak terbabit menurunkan hantaran yang menggunakan foto saya tanpa sebarang kebenaran. Sehingga sekarang, foto terbabit masih digunakan dan jika pihak ini masih berdegil, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan susulan,” katanya.

Menurut Danial, kereta yang baru diterima minggu lalu adalah hasil titik peluh dan kerja kerasnya sebagai pengacara dan penyampai radio di Era FM.

“Ada pihak yang menuduh saya beli kereta ini, sebab terbabit dengan pelaburan. Saya ingin jelaskan bahawa saya tidak pernah menyertai mana-mana skim pelaburan. Apa yang diiklankan itu adalah fitnah semata-mata.

“Kereta yang saya baru miliki ini adalah hasil kerja keras saya. Saya gunakan duit simpanan sendiri untuk membeli kereta yang diidamkan.

“Tiada istilah, saya terbabit dengan mana-mana pelaburan untuk dapatkan kereta itu. Saya mohon kepada orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan gambar yang diiklankan” katanya.

Tambah Danial, dia berharap orang ramai mengambil langkah berhati-hati terhadap mana-mana tawaran pelaburan kerana ada pihak yang sanggup mengambil kesempatan dalam situasi yang sukar di saat pandemik Covid-19 ketika ini.

Amaran tegas dan keras Danial Zaini! 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo