Infotainment

Amerika Sokong Serangan Ke Atas Palestin, Dakwa Israel Ada Hak Mempertahankan Diri

Amerika Sokong Serangan Ke Atas Palestin, Dakwa Israel Ada Hak Mempertahankan Diri
Amerika Sokong Serangan Ke Atas Palestin, Dakwa Israel Ada Hak Mempertahankan Diri 1

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Amerika Syarikat mempertahankan tindakan Israel yang menyerang Semenanjung Gaza sebagai satu cubaan mempertahankan diri dalam serangan roket yang membunuh 24 rakyat Palestin termasuk enam kanak-kanak, manakala 203 orang cedera. AS berkata ia menyokong serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza, “Amerika Syarikat menyokong penuh hak Israel untuk mempertahankan diri,” kata kenyataan itu, lapor Times Of Israel.

Bagaimanapun, AS menyatakan kebimbangan dengan jumlah orang awam yang terkorban akibat serangan itu. Mereka meminta siasatan penuh dilakukan, “Galakkan penyiasatan tepat pada masanya dan menyeluruh terhadap mangsa-mangsa ini,” kata Jabatan Negara AS.

Israel menyerang Gaza dengan roket yang disasarkan kepada komander tertinggi Jihad Islam, Taysir al-Jabari ‘Abu Mahmoud’, komander Briged Al-Quds di wilayah utara Semenanjung Gaza. Dia dilaporkan terbunuh dalam serangan tersebut.

Jihad Islam menyebut serangan itu sebagai pengisytiharan perang. Jihad Islam kemudiannya membalas dengan menembak 100 roket ke arah Israel. Jihad Islam dikenali sebagai militia kedua paling berkuasa di Gaza selepas Hamas. Sehingga hari ini, situasi tegang masih berterusan di sana.

Dalam diam Israel sebenarnya ada hati pada Malaysia, pasang niat mahu jalin hubungan. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Dalam Diam Israel Sebenarnya Ada Hati Pada Malaysia, Pasang Niat Mahu Jalin Hubungan


Amerika Sokong Serangan Ke Atas Palestin, Dakwa Israel Ada Hak Mempertahankan Diri 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list