Infotainment

Anak Balik Kampung Nak Beranak Bawa Covid-19, Bapa Kronik Perlukan Oksigen

Anak Balik Kampung Nak Beranak Bawa Covid-19, Bapa Kronik Perlukan Oksigen

Anak Balik Kampung Nak Beranak Bawa Covid-19, Bapa Kronik Perlukan Oksigen 1

Kini Trending

Anak Balik Kampung Nak Beranak Bawa Covid-19, Bapa Kronik Perlukan Oksigen 2

Sekadar gambar hiasan

Seorang doktor dikenali sebagai Sukma Haidar menerusi satu posting di laman Facebook, berkongsi satu cerita di mana seorang warga emas disahkan positif Covid-19 selepas anaknya pulang ke kampung halaman.

Difahamkan, anaknya sebelum ini menetap di ibu kota Kuala Lumpur dan pulang dua minggu lepas ke kampung bagi melahirkan anaknya.

Anak Balik Kampung Nak Beranak Bawa Covid-19, Bapa Kronik Perlukan Oksigen 4

Foto: Sukma Haidar

Ujar doktor ini, lelaki warga emas yang berusia 68 tahun itu, sama sekali tidak mempunyai sebarang penyakit. Namun, warga emas ini menceritakan sudah seminggu tidak sihat dan mengalami demam, batuk, dan kesukaran untuk bernafas. Susulan daripada itu, ahli keluarganya bertindak membuat panggilan 999 untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sampai di kecemasan, pak cik tercungap-cungap, gasping for air. Langsung tidak boleh bercakap. Sama seperti rakyat India yang tercungap memerlukan oxygen di dalam video-video yang tular di media sosial. Bacaan oxygen hanyalah di paras 50%! (Normal is more than 95%) Walaupun diberikan oxygen level yang paling tinggi, dada pak cik masih berombak kencang. Keputusan terbaik adalah untuk melakukan intubasi.

Bercerita lebih lanjut, doktor ini turut ‘menyiasat’ dan apa yang paling mengejutkan apabila mendapat tahu anak perempuan kepada warga emas ini telah pulang ke kampung dan disahkan positif menerusi ujian calitan swab.

Anak perempuan pak cik ini langsung tiada simptom selama 2 minggu di Kelantan. (Asymptomatic!) Semalam, anak perempuannya pecah air ketuban dan swab dilakukan sebelum dimasukkan ke wad, and it turn out to be positif

Anak Balik Kampung Nak Beranak Bawa Covid-19, Bapa Kronik Perlukan Oksigen 6

Foto: Sukma Haidar

Pada masa yang sama, doktor ini turut menjelaskan keadaan kesihatan warga emas ini yang semakin merosot di tambah pula kerosakan pada organ dalaman yang lain.

‘Hadiah’ dari seorang anak yang merentas negeri buat seorang ayah. Pak cik ini tidak stabil, jujur saya katakan. Oxygen level cukup-cukup makan. Ada kerosakan pada buah pinggang dan hati juga. Buat apalah kami bersusah payah selamatkan ayah orang lain jika anak sendiri pun tidak kisah menjadi penyebar penyakit? Kalaulah kami boleh berfikiran begitu. .

Tidak berakhir di situ, dia (doktor) turut memberikan nasihat kepada orang ramai untuk sekali lagi berfikir jika mahu pulang ke kampung, risau jika si anak pula membawa penyakit kepada ibu bapa di kampung.

Anda masih mahu merentas daerah dan negeri? Anda mahu jadi anak sebegini juga? Silakanlah.. Datang hospital dalam keadaan tenat, kami tetap merawat. Tapi bertanggungjawablah kepada orang tua anda.

Sumber: Sukma Haida


Anak Balik Kampung Nak Beranak Bawa Covid-19, Bapa Kronik Perlukan Oksigen 8



Anak Balik Kampung Nak Beranak Bawa Covid-19, Bapa Kronik Perlukan Oksigen 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo