Artikel Terkini

Anak Najib antara 10 exco Pahang angkat sumpah

Anak Najib antara 10 exco Pahang angkat sumpah
Anak Najib antara 10 exco Pahang angkat sumpah 1

Anak Najib antara 10 exco Pahang angkat sumpah
Lapan daripada 10 exco Pahang yang mengangkat sumpah hari ini daripada BN, manakala dua lagi PH. (Gambar Facebook UMNO Online)

PETALING JAYA: Nizar Najib, anak bekas perdana menteri Najib Razak antara 10 exco Pahang yang mengangkat sumpah hari ini.

Sepuluh exco itu, di mana lapan daripada Barisan Nasional dan dua lagi Pakatan Harapan, mengangkat sumpah di depan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah pada 3 petang tadi.

Menurut laporan Berita Harian, ADUN Benta daripada BN, Soffi Abd Razak, Syed Ibrahim Syed Ahmad (Kerdau) dan Fakhruddin Arif (Bebar) adalah exco dalam pentadbiran negeri terdahulu.

Sementara itu, Nizar (Peramu Jaya), Razali Kassim (Muadzam Shah), Johari Harun (Pelangai), Sabariah Saidan (Guai) dan Fadzli Mohd Kamal (Dong) muka baharu daripada BN.

Sim Chong Siang (Teruntum) dan Leong Yu Man (Triang) daripada PH juga muka baharu dalam kerajaan negeri itu.

Turut hadir dalam upacara itu ialah Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail.

Pilihan raya umum ke-15 pada bulan lalu menyaksikan tiada gabungan yang memenangi 21 kerusi untuk mencapai majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri. Perikatan Nasional memenangi 17 kerusi, manakala BN mempunyai 16 kerusi dan PH (8).

BN dan PH kemudiannya bersetuju menubuhkan kerajaan Pahang secara bersama.


Anak Najib antara 10 exco Pahang angkat sumpah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo