Artikel Terkini

Anda peminat kopi? Inovasi Nestle dan Starbucks Premium Instant pasti akan buat anda teruja

Anda peminat kopi? Inovasi Nestle dan Starbucks Premium Instant pasti akan buat anda teruja 1

Anda peminat kopi? Inovasi Nestle dan Starbucks Premium Instant pasti akan buat anda teruja 2

Anda peminat kopi? Inovasi Nestle dan Starbucks Premium Instant pasti akan buat anda teruja 3

BERMULA April 2020, pengguna dapat menikmati kopi Starbucks berkualiti tinggi dalam format segera atau mudah larut yang boleh dihidangkan di rumah masing-masing.

Rangkaian kopi Starbucks Premium Instant (Soluble) ini dilancarkan selepas Nestlé Malaysia memperkenalkan rangkaian kopi ‘Starbucks at Home’ kepada semua warga Malaysia pada September 2019.

Rangkaian ini merangkumi 11 jenis produk, termasuk pakej biji kopi, kopi panggang dan kisar serta kapsul kopi pertama Starbucks® yang dibangunkan melalui sistem teknologi dan kopi hak milik Nescafé Dolce Gusto.

Produk-produk ini merupakan inovasi pertama yang dikembangkan Nestlé dan Starbucks selepas kedua-dua syarikat ini secara rasmi menjalinkan pakatan global yang membolehkan Nestlé memperluas portfolio kopinya, selain Nescafé dan Nespresso.

“Kerjasama yang kukuh di antara Starbucks dan Nestlé membolehkan kami bergerak pantas dan mengembangkan jenama Starbucks menerusi segmen kopi segera atau mudah larut yang dikenali dan digemari di Malaysia.

“Kami berbesar hati kerana dapat terus memanfaatkan kepakaran kopi kami untuk mewujudkan pengalaman premium kopi baru agar pengguna dapat menikmati kemudahan di kediaman mereka dengan selesa,” kata Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Minuman, Nestlé Malaysia Bhd, Othman Chraibi.

Rangkaian kopi ‘Starbucks at Home’ Premium Instant kini boleh didapati di Lazada dan Shopee serta peruncit dan pasar raya terpilih.



Anda peminat kopi? Inovasi Nestle dan Starbucks Premium Instant pasti akan buat anda teruja 2

Source link