Infotainment

Andi Bernadee Sedia 15 Pasang Baju Untuk Aidilfitri, Buat Rumah Terbuka Raya Ketiga

Andi Bernadee Sedia 15 Pasang Baju Untuk Aidilfitri, Buat Rumah Terbuka Raya Ketiga
Andi Bernadee Sedia 15 Pasang Baju Untuk Aidilfitri, Buat Rumah Terbuka Raya Ketiga 1

Andi Bernadee Sedia 15 Pasang Baju Untuk Aidilfitri, Buat Rumah Terbuka Raya Ketiga

Selepas dua tahun tidak meraikan Hari Raya Aidilfitri gara-gara pandemik Covid-19, penyanyi dan pelakon Andi Bernadee akui tahun ini dia sangat teruja untuk meraikan di kampung halamannya di Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.

Beria persiapan raya

Andi Bernadee Sedia 15 Pasang Baju Untuk Aidilfitri, Buat Rumah Terbuka Raya Ketiga 3

Menurut Andi, 31, ini adalah kali pertama dia menyediakan 15 pasang baju raya yang terdiri daripada pelbagai warna untuk digayakan pada hari raya.

Kata pemilik nama Andi Azrul Andi Mapangile, dia akan menggunakan cuti seminggu ini dengan mengunjungi ahli keluarga yang sudah lama tidak bersua muka.

Terus-terang saya cakap, memang tahun ini saya agak beria buat persiapan raya kerana rasa macam dah lama sangat tak dapat sambut lebaran dalam suasana meriah macam dulu.

Walaupun saya sudah tak ada datuk dan nenek, tetapi saya merancang untuk mengunjungi seramai boleh saudara-mara di kampung, selain beberapa kawasan lain yang berdekatan.

Kalau dulu pada Syawal pertama, rutin saya memang keluar menziarah dari awal pagi sehingga tengah malam. Saya ambil kesempatan ini kerana bukan senang nak jumpa mereka sehingga kadang-kadang dah tak berapa kenal saudara-mara sendiri.

Buat rumah terbuka

Andi Bernadee Sedia 15 Pasang Baju Untuk Aidilfitri, Buat Rumah Terbuka Raya Ketiga 4

Dalam pada itu, pelantun lagu Donde ini menyatakan dia bakal mengadakan rumah terbuka pada hari raya ketiga untuk kenalan serta penduduk kampung.

Kampung saya tak besar pun, tetapi sambutan Aidilfitri kami memang sangat meriah sejak dari dulu lagi.

Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar sebagaimana dirancang, saya dan keluarga akan mengadakan rumah terbuka pada Hari Raya ketiga. Kami akan jemput kenalan dan semua penduduk kampung.

Jadi setelah dua tahun kita tak dapat beraya, saya nak kembalikan kemeriahan itu dengan mengadakan rumah terbuka ini untuk mengeratkan kembali silaturrahim.

Sumber: Instagram @andibernadee


Andi Bernadee Sedia 15 Pasang Baju Untuk Aidilfitri, Buat Rumah Terbuka Raya Ketiga 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list