Berita

Animasi Omar & Hana jadi tarikan penonton Arab

Animasi Omar & Hana jadi tarikan penonton Arab 2

Kuala Lumpur: Satu lagi siri animasi tempatan, Omar & Hana kini berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa apabila saluran YouTube berbahasa Arab siri berkenaan berjaya mengumpul 100,000 langganan (subscribers) selepas enam bulan dilancarkan sejak Julai, tahun lalu.

Penerbitnya, Fadilah A Rahman berkata, pihaknya mendapat maklum balas positif dan sangat menggalakkan daripada penonton dari Timur Tengah dan Utara Afrika.

“Kami mendapat sambutan yang luar biasa daripada penonton Arab untuk siri animasi Omar & Hana dalam bahasa Inggeris serta melihat bahawa ada permintaan untuk kandungan kami diterbitkan ke dalam bahasa Arab, sekali gus menjadi alternatif buat penggemar animasi dari Timur Tengah dan Utara Afrika.

“Terima kasih kerana menyokong Omar & Hana dalam bahasa Arab ini. Kami berharap agar dapat terus menyebarkan nilai-nilai murni ke seluruh dunia melalui kandungan animasi. Teruskan menonton dan jangan lupa untuk melanggan saluran rasmi YouTube Omar & Hana,” katanya.

POSTER Omar & Hana.
POSTER Omar & Hana.

Selain kandungan dalam bahasa Arab yang mendapat sambutan menggalakkan, pihak Digital Durian yang menerbitkan Omar & Hana turut menerima permintaan supaya menghasilkan muzik instrumental yang dekat dengan budaya di negara Arab.

Dengan lebih 20 juta jam masa tontonan, siri animasi Omar & Hana versi Arab kini ditonton oleh kanak-kanak dari lebih 50 negara antaranya Arab Saudi, Turki, Iraq, Mesir dan Algeria.

Versi Bahasa Arab adalah versi alih bahasa keempat yang diterbitkan oleh Digital Durian selain Bahasa Melayu, Inggeris dan Indonesia. Selepas ini, siri animasi itu akan dialih bahasa ke dalam bahasa Urdu.

Animasi Omar & Hana jadi tarikan penonton Arab 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo