Artikel Terkini

Annuar mimpi cuba selamatkan ‘rumah pusaka’ terbakar tapi dihalang

Annuar mimpi cuba selamatkan ‘rumah pusaka’ terbakar tapi dihalang
Annuar mimpi cuba selamatkan 'rumah pusaka' terbakar tapi dihalang 1

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa yang dilaporkan dipecat daripada parti bermimpi ‘rumah pusaka’ yang menjadi tempatnya tinggal terbakar.

Menerusi satu hantaran di media sosial Annuar berkata, beliau bermimpi mengenai tragedi yang menimpa rumah pusaka tersebut malam tadi.

Dalam mimpi itu, Annuar berkata, beliau tidak pasti punca kebakaran rumah itu sama ada kemalangan atau disengajakan.

Namun menurutnya ramai penghuni rumah itu keluar menyelamatkan diri di tengah-tengah kebakaran yang semakin marak.

“Malam Jumaat,saya bermimpi.Rumah Pusaka saya diami terbakar.Saya syak ada main switch dah short circuit atau wayarnya terputus.

“Ramai penghuni rumah sudah lari meninggalkan rumah yang terbakar atau dibakar wallahualam,” katanya.

Annuar berkata, dia cuba menyelamatkan rumah pusaka berkenaan daripada terus terbakar sekali gus dapat menghalang penghuni daripada meninggalkan rumah berkenaan.

Bagaimanapun menurutnya, dalam keadaan api yang terus marak ada seseorang telah menahan beliau daripada cuba menyelamatkan rumah pusaka berkenaan.

“Saya sayang rumah itu. Saya cuba memadam kebakaran supaya jangan lebih ramai penghuninya lari.

“Ketika api masih marak, dan ramai yg terus lari meninggalkan rumah, tiba tiba saya ditarik keluar dari api yang membakar. Kini saya hanya mampu melihat kebakaran dari luar,” kata Annuar.

Bagaimanapun katanya, dalam mimpi itu dia sempat berdoa kepada Allah supaya menyelamatkan rumah pusaka berkenaan daripada terus rentung.

Menurut Annuar, dia amat sayang rumah berkenaan dan mahu ia diselamatkan.

“Walaupun saya amat sayang rumah itu saya hanya mampu berdoa..”ya Allah kepadaMu aku berserah dan kepadaMu jua aku meminta pertolongan.

“Kau selamatkanlah “rumah” yang sedang terbakar itu. Amin ya Rabb,” katanya.

‘Rumah pusaka’ tersebut mungkin analogi terhadap parti UMNO. Parti tersebut mengalami kekalahan lebih teruk pada pilihan raya umum lalu berbanding pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Annuar antara pemimpin UMNO bahagian yang dilaporkan dipecat dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi.

Menurut sumber UMNO, mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersetuju untuk memecat seorang ketua bahagian dan dua ketua wanita UMNO bahagian.

Untuk rekod Ketua Wanita Umno Arau ialah Datin Seri Shamsiah Yasin yang juga isteri kepada Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim

Manakala Ketua Wanita Umno Maran, Datin Seri Fatimah Kassim merupakan isteri kepada Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.

Shahidan dan Ismail merupakan pemimpin UMNO yang bertindak keluar parti dan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum lalu selepas tidak dicalonkan BN. – MalaysiaGazette

Annuar mimpi cuba selamatkan 'rumah pusaka' terbakar tapi dihalang 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo