Berita

Annuar sedia beri kerjasama kepada polis

Annuar sedia beri kerjasama kepada polis 2

Kuala Lumpur: Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa sedia memberi kerjasama kepada polis susulan dakwaan beliau tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila menghadiri satu jamuan baru-baru ini.

“Ia (siasatan) harus berjalan, jangan ada layanan dua darjat, kalau ada aduan perlulah disiasat dan dapatkan apa yang sebenarnya berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan bantuan di Chow Kit, di sini, hari ini.

Katanya beliau difahamkan polis memanggil pihak penganjur majlis berkenaan untuk memberi keterangan serta membantu siasatan berhubung perkara itu, dan beliau turut meminta masyarakat menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa serta berhenti membuat spekulasi.

Sebelum ini tular di media sosial gambar Annuar bersama beberapa individu duduk di meja sambil menikmati jamuan tanpa penjarakan fizikal di sebuah majlis, Sabtu lalu.

Terdahulu, Annuar menyerahkan bantuan barangan keperluan sumbangan Yayasan Wilayah Persekutuan kepada peniaga, Saniah Taib, 55, yang menyara anak orang kurang upaya (OKU).

Nasib Saniah mula mendapat perhatian warga maya susulan kisahnya yang perlu mengusung anak OKU ke merata tempat sekitar Chow Kit dan Jalan Tunku Abdul Rahman ketika menjaja barang permainan demi mencari rezeki, menjadi tular di media sosial.

Annuar berkata, pihak kementerian akan segera membantu Saniah mendapatkan tempat tinggal yang lebih selesa.

Annuar sedia beri kerjasama kepada polis 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo