Artikel Terkini

Antara Jubin Jenis Seramik Dan Porselin, Mana Lebih Baik?

Antara Jubin Jenis Seramik Dan Porselin, Mana Lebih Baik?
Antara Jubin Jenis Seramik Dan Porselin, Mana Lebih Baik? 1

Apabila sudah memiliki kediaman sendiri sudah pasti anda nak ubah suai dan tambah baik rumah anda supaya tampak lebih anggun, bergaya dan sesuai dengan citarasa anda.

Ubah suai rumah ini termasuk dengan konsep yang ingin diserlahkan bersama barang kelengkapan yang dibeli, termasuklah penggunaan jubin bagi mencapat matlamat impian anda.

Namun, anda pasti seringkali berdepan dengan masalah pemilihan jubin yang betul seperti antara corak, warna dan jenis jubin yang sesuai untuk rumah anda. Bahkan pelbagai pilihan yang ada menyukarkan anda untuk membuat pilihan.

Tidak kira sama ada anda nak memasangnya di luar mahupun di dalam rumah, pemilihan jenis jubin memainkan peranan penting.

Antara Jubin Jenis Seramik Dan Porselin, Mana Lebih Baik? 2

Untuk permukaan lantai dalam rumah, jubin jenis seramik dan porselin sering menjadi pilihan ramai. Tetapi tahukah anda antara kedua-dua jenis jubin ini mempunyai perbezaan meski struktur permukaannya kelihatan hampir sama. 

Jadi, mari kita kita lihat perbezaan dan kelebihan antara kedua-dua jenis jubin ini. 

JUBIN JENIS SERAMIK 

Antara Jubin Jenis Seramik Dan Porselin, Mana Lebih Baik? 4

Jubin jenis seramik dianggap jubin paling asas kerana ia diperbuat daripada campuran tanah liat, pasir dan bahan semulajadi yang lain.

Bahan-bahan tersebut kemudiannya diadun menerusi proses penekanan dan dibakar dalam suhu yang tinggi.

Kebiasaannya dipasang di dalam bilik seperti ruang tamu dan bilik tidur, jubin seramik juga sesuai dipasang sebagai jubin dinding kerana ianya lebih ringan dan boleh didapati dalam bentuk glazed atau unglazed.

Untuk jubin jenis seramik ia mempunyai kelebihan dari segi harganya yang lebih murah berbanding jubin jenis porselin. Selain itu, ia juga tahan lasak dan amat untuk mudah dijaga. 

JUBIN JENIS PORSELIN 

Antara Jubin Jenis Seramik Dan Porselin, Mana Lebih Baik? 6

Jubin jenis porselin pula diperbuat daripada tanah liat, pasir dan air. Selain ketahanannya, jubin porselin datang dalam pelbagai warna, reka bentuk dan permukaan.

Secara umumnya, tanah liat digunakan untuk membina jubin porselin lebih padat. Bukan sekadar berkilat dan pusam, ia juga menawarkan permukaan yang boleh memantulkan cahaya.

Maka ia sesuai dipasang sama ada di dalam atau di luar rumah. Jubin porselin biasanya ditemui di bilik mandi, dapur, anjung dan balkoni.

Kelebihan jubin jenis porselin ini dipercayai lebih tahan lama, mudah dibersihkan dan diselenggara. 

Antara Jubin Jenis Seramik Dan Porselin, Mana Lebih Baik? 8 Antara Jubin Jenis Seramik Dan Porselin, Mana Lebih Baik? 10

Sumber: PropertyGuru Website 

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Antara Jubin Jenis Seramik Dan Porselin, Mana Lebih Baik? 12

Baca artikel berikutnya: Tabiat Suka Menyimpan Barang Diklasifikasi ‘Hoarding Disorder’, Disahkan Sebagai Salah Satu Penyakit Mental

Antara Jubin Jenis Seramik Dan Porselin, Mana Lebih Baik? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list