Infotainment

Anwar tiba di Masjid Putra Program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023

Anwar tiba di Masjid Putra Program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023
Anwar tiba di Masjid Putra Program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 1

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Masjid Putra, di sini bagi Program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023.

Beliau tiba pada pukul 6.20 petang sebelum disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Turut serta Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim.

Sejurus tiba, Anwar bersama barisan Jemaah Menteri terlebih dahulu menjamu selera sebelum menunaikan Solat Maghrib.

Anwar tiba di Masjid Putra Program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 2
ANWAR Ibrahim menunaikan solat Maghrib pada PRogram Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra, Putrajaya. – UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR

Mengikut jadual, Anwar dijangka menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023 pada pukul 8.00 malam yang juga disiarkan secara langsung menerusi RTM.

Lebih 2,000 jemaah menunaikan solat Maghrib sebelum disusuli solat hajat dan bacaan Yasin.

Pada 21 Disember lalu, Anwar mengumumkan sambutan Ambang Tahun Baharu yang biasanya disambut pada 31 Disember, dibatalkan sebelum digantikan dengan program munajat.

Ia juga dilaksanakan sebagai menghormati mangsa bencana banjir khususnya di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.

Serentak pengumuman itu, beberapa negeri turut membatalkan sambutan berkenaan termasuk Selangor dan Pulau Pinang. – UTUSAN


Anwar tiba di Masjid Putra Program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo