Infotainment

‘Apa Motif Awak Buka Pekung Artis & Pengarah?’ – Pengarah Takdir Yang Tertulis Selar Pelakon Baharu?

‘Apa Motif Awak Buka Pekung Artis & Pengarah?’ – Pengarah Takdir Yang Tertulis Selar Pelakon Baharu?

'Apa Motif Awak Buka Pekung Artis & Pengarah?' – Pengarah Takdir Yang Tertulis Selar Pelakon Baharu? 1

June 29th, 2021 | by Amat

Kini Trending

'Apa Motif Awak Buka Pekung Artis & Pengarah?' – Pengarah Takdir Yang Tertulis Selar Pelakon Baharu? 2

Sudah menjadi kebiasaan mana-mana individu akan bercerita dan kongsikan pengalaman mereka di platform media sosial untuk memberi kesedaran mahupun berkongsi pengalaman. Namun, lain pula dengan seorang pelakon baharu ini yang mendedahkan aib ketika di set penggambaran di platform TikTok.

Perkara itu telah mendapat perhatian pengarah drama terkenal iaitu Shahrul Ezad atau dikenali sebagai Budak Ijat yang turut memberi respon terhadap tindakan pelakon baharu itu.

'Apa Motif Awak Buka Pekung Artis & Pengarah?' – Pengarah Takdir Yang Tertulis Selar Pelakon Baharu? 4

Gambar sekadar hiasan

Seorang pelakon baharu dipercayai telah memuat naik beberapa video di laman TikTok dengan mendedahkan ‘aib’ sepanjang terlibat di set penggambaran drama. Pelakon itu dikatakan telah menceritakan mengenai aib pelakon lain dan pengarah kepada pengikutnya di platform itu.

Tentang seorang pelakon wanita ni yang suka bercerita hal pekung set shooting dia kat TikTok sebagai content. Mula-mula abam tak kisah sangat. Yelah dia cerita pasal pengalaman dia kan. Hak dia lah. Account TikTok dia pun. Tapi lately ni abam tengok dia makin galak pula membuka pekung set dia pada public demi meraih likes dan views. Habis segala cerita buruk ‘rumahtangga’ kami didedahkan pada umum dan ada yang dah jadi viral. Abam cakap jadi viral sebab ramai dah yang send abam video TikTok beliau ‘mengumpat’ perangai artis dan pengarah tertentu secara terbuka.

Dik. Abam tak cakap dunia hiburan drama atau filem ni sempurna. Rumahtangga kita ni tak lepas dari cacat cela tapi kalau boleh sorok-sorokkanlah aib tu pada public. Jangan dijaja sangat. Aib tu. Abam tak faham apa motif awak cerita pekung semua kawan-kawan artis awak mahupun director awak pada public.

Untuk apa? Tapi apa yang abam faham awak buat kami sebagai penggiat akan menjauhkan diri kami dari awak disebabkan mulut awak yang terlalu lancang itu. Penonton atau netizen tak perlu tahu sebenarnya. Abam sendiri selalu berdepan dengan issue issue begini di set tapi abam lebih suka simpan sendiri. Kalau abam nak membawang pun only among us between producer atau pengarah. The rest abam tak akan bercerita pada public apatah lagi jadi bahan content. Maruah keluarga perlu dijaga.

Shahrul Ezad menerusi sebuah postingnya di Instagram mengingatkan supaya pelakon baharu itu untuk menghentikan tindakan tersebut yang sanggup mendedahkan aib demi meraih content dan likes yang tinggi. Tambah pengarah Takdir Yang Tertulis ini lagi, dia juga takut untuk bekerjasama dengan pelakon tersebut dalam sesebuah projek dramanya kerana khuatir perkara sedemikan pula akan berlaku padanya.

Awak bukan tak tahu pandangan orang luar pada dunia artis ni macam mana. Ni awak sendiri sebagai artis membuka pekung lagi aib sendiri nak buat apa dik. Lagilah orang pandang ‘hina’ pada kita. Kalau kemaruk nak create content sekali pun carilah benda-benda yang mendatangkan faedah pada semua bukannya dengan cara mendedahkan aib yang kalau boleh kita semua nak tutup.

Untuk pelakon wanita tu. Dah dahlah membuka pekung kita semua ye. Terus terang cakap abam takut nak propose nama awak kat station kalau awak terus kekal dengan cara begini. Bahaya dik. Esok lusa kalau awak masuk set abam entah apa aib kami awak jaja nanti.

Semua keluarga ada aib masing-masing. Apa perasaan korang kalau ada salah seorang ahli keluarga korang sejenis suka mendedahkan aib keluarga pada orang. Mesti korang tak suka kan?

Sumber: Budak Ijat


'Apa Motif Awak Buka Pekung Artis & Pengarah?' – Pengarah Takdir Yang Tertulis Selar Pelakon Baharu? 6

The following two tabs change content below.



'Apa Motif Awak Buka Pekung Artis & Pengarah?' – Pengarah Takdir Yang Tertulis Selar Pelakon Baharu? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo