Artikel Terkini

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan ‘Quantitative Easing’?

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan 'Quantitative Easing'? 1

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan 'Quantitative Easing'? 2

Pada penghujung Mac lalu, Jerome H. Powell, Chairman Federal Reserve Amerika Syarikat telah mengumumkan program Quantitative Easing (QE) yang bakal dilakukan bagi menangani tekanan ekonomi yang dialami kesan daripada Coronavirus yang turut melanda negara mereka.

QE merupakan sebuah kaedah expansion monetary policy. Di antara kaedah expansion monetary policy lain yang biasa digunakan adalah dengan menurunkan kadar faedah. Program ini bertujuan untuk menambah jumlah wang ke dalam pasaran agar dapat menggalakkan pinjaman dan pelaburan bagi mempengaruhi perkembangan ekonomi.

Untuk Bantu Pertumbuhan Ekonomi

Expansion monetary policy akan digunakan apabila ekonomi sesebuah negara berada dalam keadaan yang kurang memberangsangkan. Program QE pernah dilakukan oleh beberapa buat negara seperti Amerika Syarikat dan Jepun.

Melalui program QE ini, bank pusat akan membeli hutang-hutang kerajaan yang pernah diterbitkan di pasaran seperti Government Bond dan Treasury Bill. Secara tidak langsung, tindakan ini meningkatkan permintaan terhadap sekuriti tersebut dan dapat mengurangkan kadar faedah.

Program ini juga dapat membantu bank pusat bagi menerbitkan hutang baru dengan kadar faedah yang lebih rendah. Aset yang dibeli oleh bank pusat akan mula dijual apabila ekonomi kembali pulih dan permintaan dipasaran semakin meningkat.

Cara Jepun Gunakan Quantitative Easing

Selepas krisis kewangan 1997, Jepun pernah menggunakan kaedah QE bagi membantu negara mereka keluar dari kemelesetan ekonomi. Bank of Japan (BoJ) memperkenalkan program ini pada bulan Mac 2001 sehingga Mac 2006 dengan memberi fokus terhadap pembelian semula Japanese Government Bond.

Namun, selepas krisis kewangan 2008, BoJ sekali lagi memperkenalkan program QE yang bernilai ¥10 trillion melibatkan Corporate Bond, Commercial Papers, Exchange Traded Fund (ETF) dan juga Real-Estate Investment Trust (REITs).

Bagi Amerika Syarikat pula, mereka telah melakukan beberapa siri program ini selepas krisis kewangan 2008 yang bernilai hampir $4 trillion. Federal Reserve mengumumkan program QE1 pada November 2008 bagi membeli semula hutang-hutang kerajaan mereka dan juga satu sekuriti yang mengalami masalah kecairan pada waktu itu, Mortgage-Backed Securities (MBS).

Pada November 2010, Federal Reserve mengumumkan program QE2 berjumlah $600 billion dan menyasarkan sekuriti yang mempunyai tempoh matang yang lebih lama. QE3 pula bermula pada September 2012 bagi membeli semula MBS sehingga diumumkan berakhir pada October 2014.

Namun, apa yang berbeza pada QE kali ini bagi Amerika Syarikat adalah Federal Reserve mengumumkan bahawa program mereka akan melibatkan pembelian ETF dan mereka tidak menetapkan bajet untuk program ini. Powell mengumumkan bahawa Federal Reserve akan membelanjakan jumlah yang diperlukan bagi menyokong pasaran kewangan.

Pasaran Saham Turut Meningkat Naik

Pengumuman tersebut memberi impak positif terhadap pasaran saham mereka. Dow Jones Industrial Average Index merekodkan kenaikan dalam masa sehari paling tinggi sebanyak 2,112.98 mata, yang kali terakhir berlaku pada 1993. Adakah program ini akan terus memberi impak positif dan mempengaruhi kenaikan pasaran saham mereka?

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan 'Quantitative Easing'? 3

Jika benar, pasaran saham kita juga diharapkan akan menerima tempias sedikit sebanyak impak tersebut.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan 'Quantitative Easing'? 4

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan 'Quantitative Easing'? 2

Source link