Berita

APEC fokus pemulihan ekonomi serantau

APEC fokus pemulihan ekonomi serantau 1

APEC fokus pemulihan ekonomi serantau 2

KUALA LUMPUR: Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini akan memberi fokus khusus untuk meningkatkan peranan perdagangan dan pelaburan rantau ini sepanjang proses pemulihan ekonomi pasca-Covid-19. 

Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, komitmen itu bagi merealisasikan pelaburan serta perdagangan bebas dan terbuka untuk menunjukkan tekad negara dalam nilai APEC. 

Katanya, ia menggariskan kehendak dan keyakinan Asia Pasifik untuk terus menentang dasar perlindungan dalam apa jua bentuk. 

“Rantau ini juga akan mengukuhkan sokongan terhadap sistem perdagangan pelbagai hala serta pada masa terus mendokong agenda pembangunan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). 

“Tahun ini, kami juga mengutamakan penambahbaikan perdagangan dan pelaburan, dengan menterjemahkan unsur berkenaan kepada pembangunan ekonomi yang inklusif, sekali gus membawa faedah yang nyata dan lebih besar terhadap kesejahteraan rakyat di rantau ini. 

“Justeru, kami telah menekankan kepentingan kemakmuran bersama untuk memastikan penyertaan ekonomi secara lebih berkesan membabitkan setiap peringkat masyarakat. 

“Tahun ini juga menyaksikan kami menghidupkan semula usaha ke arah pemulihan dan pertumbuhan ekonomi serta mendekatkan APEC kepada masyarakat,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Menteri Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (AMM) secara maya julung kalinya di sini, semalam.

Image

Dalam ucap tama itu juga, Azmin yang merangkap Pengerusi AMM melahirkan rasa penghormatan besar apabila Malaysia memimpin usaha merealisasi dokumen penting ini, yang akan mewujudkan warga Asia Pasifik yang terbuka, dinamik dan berdaya tahan dengan berpaksikan masyarakat yang berkongsi kemakmuran.

“Saya juga terharu dengan sokongan dan kerjasama padu diberi semua sektor ekonomi terhadap Malaysia dalam menterjemah wawasan ini. 

“Kita kekal menunjangi, mengutamakan dan meningkatkan pelbagai inisiatif APEC, di sebalik pelbagai cabaran dihadapi kesan pandemik Covid-19.

“Ia menjadi satu perjalanan yang agak berliku, namun kita bangga dengan hakikat yang kita berjaya mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama,” katanya.

Beliau berkata, aspek paling besar dan amat signifikan tentunya penyempurnaan tugas dan peranan bersama dalam mencipta langkah pasca Wawasan 2020. 

Menurutnya, dokumen berkaitan dirangka atas kejayaan Matlamat Bogor dan akan mencorak strategi dan hala tuju jangka panjang untuk rantau ini bertahun-tahun, sekurang-kurangnya dalam tempoh dua dekad lagi. 

“Kami bertukar pandangan dan berkongsi maklumat mengenai tindak balas dasar dan langkah intervensi bertujuan membuka semula aktiviti ekonomi membolehkan pekerja bekerja semula dan membenarkan rakyat merentas sempadan dengan memperkenalkan gelembung perjalanan yang mengambil kira kebimbangan mengenai kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan semua. 

“Gelembung perjalanan ini langkah penting kerana boleh memberi nafas semula kepada masa depan sektor pengembaraan dan pelancongan.

“Ia juga menjadi pusat untuk menghidupkan semula pergerakan penting dalam kalangan APEC. 

“Kami menyatakan sokongan dalam kerjasama ekonomi dan teknikal terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) wanita dan golongan terkesan. 

“Kami sedar akan keperluan untuk terus meningkatkan keupayaan dan bantuan teknikal kepada mereka yang paling terkesan dengan pandemik ini,” katanya.

Ditubuhkan pada tahun 1989, APEC adalah forum ekonomi serantau yang memanfaatkan kebergantungan antara Asia – Pasifik dengan 21 anggotanya bertujuan untuk mewujudkan kesejahteraan yang lebih besar bagi rakyat rantau ini.

Ia mempromosikan pertumbuhan yang seimbang, inklusif, lestari, inovatif dan selamat serta mempercepat penyatuan ekonomi serantau.

Anggota APEC terdiri daripada Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, China, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taiwan, Thailand dan Amerika Syarikat.

Tahun ini, Malaysia menjadi tuan rumah APEC, kali kedua penganjuran di Malaysia selepas tahun 1998.

Tahun ini juga Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila menjadi ekonomi pertama yang menganjurkan APEC secara maya sepenuhnya. 

Pada 20 November ini, Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin APEC (AELM) akan berlangsung secara maya yang bakal mengumpulkan 21 Pemimpin ekonomi APEC. 

AELM akan dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sekretariat Kebangsaan APEC 2020 pula adalah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

APEC fokus pemulihan ekonomi serantau 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo