Infotainment

Apple Didakwa Melanggar Undang-Undang Anti Persaingan Oleh Suruhanjaya Eropah – Amanz

Apple Didakwa Melanggar Undang-Undang Anti Persaingan Oleh Suruhanjaya Eropah – Amanz 2

Suruhanjaya Eropah (EC) telah mengeluarkan kenyataan dimana mereka mendapati Apple melanggar undang-undang anti persaingan Eropah kerana mengambil potongan 30% ke atas setiap pembelian dalam aplikasi (IAP) App Store. Apple kini akan disiasat dan diberikan masa 12 minggu untuk menjawab pertuduhan awal EC.

Siasatan ke atas Apple dimulakan EC selepas menerima aduan dari Spotify dua tahun lalu yang menuduh Apple menggunakan kedudukan mereka untuk memberikan kelebihan ke atas perkhidmatan sendiri tetapi mengenakan cukai Apple 30% ke atas setiap langganan perkhidmatan pihak ketiga. Apple tidak membenarkan pembangunan menggunakan sistem IAP sendiri.

Apple Didakwa Melanggar Undang-Undang Anti Persaingan Oleh Suruhanjaya Eropah – Amanz 3

Sekiranya mereka memintasnya, aplikasi akan dikeluarkan dari App Store. Inilah yang menyebabkan Fortnite dibuang dari App Store selepas Epic Games berkeras menggunakan sistem AIP sendiri yang menawarkan pembelian pada harga lebih murah.

Suruhanjaya Eropah dalam penemuan awal mendapati kerana potongan 30% ini, pengguna di Eropah perlu membayar lebih mahal untuk perkhidmatan yang sama. Pengguna pastinya akan memilih perkhidmatan yang lebih murah seperti Apple Music dan ini dilihat sebagai amalan perniagaan yang tidak menggalakkan persaingan sehingga merugikan pengguna Eropah.

Pengasas Spotify Daniel Elk telah menghantar ciapan yang menyambut baik keputusan awal EC yang diharap akan mewujudkan kesamarataan yang diminta pembangun di Eropah selama ini. Apple pula mengatakan mereka Spotfiy menjadi platform penstriman nombor satu dunia dengan bantuan App Store. Mereka tidak pernah mengenakan bayaran ke atas 99% pengguna aplikasi Spotify yang tidak melanggan kepada pakej Premium.

App Store

Apple kini berhadapan beberapa pertuduhan anti persaingan dan anti pakat. Minggu ini mereka didenda RUB 906,299,392.16 (~RM50 juta) oleh Penguasa Antipakat Rusia (FAS) mendapati mereka bersalah menghalang produk keluaran pesaing dari App Store. Tindakan diambil selepas Kaspersky Lab memfailkan aduan kepada FAS pada tahun 2018 selepas aplikasi Safe Kids mereka dihalang dari App Store. Aplikasi yang membenarkan ibu bapa mengawal penggunaan peranti anak-anak mempunyai ciri serupa dengan Screen Time.

Pada waktu yang sama kes saman yang difailkan oleh Epic Games ke atas Apple juga sedang berlangsung. Apple telahpun mengambil beberapa langkah proaktif seperti hanya mengambil 15% potongan dari IAP dari pembangun yang menjana pendapatan bawah $1 juta.



Apple Didakwa Melanggar Undang-Undang Anti Persaingan Oleh Suruhanjaya Eropah – Amanz 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo