Infotainment

Apple Dijangka Menyertakan Bateri Bersaiz Kecil Pada iPhone 13 – Amanz


Kita telah pun mendengar beberapa desas-desus berdasarkan kepada laporan penganalisa sebelum ini berkaitan produk akan datang Apple, iaitu iPhone 13. Terbaru,Ming-Chi Kuo turut berkongsi analisa dan ramalan terbaru beliau berkenaan dengan bateri pada iPhone 13.

Apple dikatakan akan menggunakan teknologi baru pada iPhone tahun hadapan, sekaligus membuatkan saiz baterinya lebih kecil berbanding pada hari ini. Ia dikatakan teknologi ini adalah berasaskan kepada bateri soft-board.

Rekaan bateri ini mempunyai lapisan yang lebih sedikit berbanding sedia ada, sekaligus membuatkan ia bersaiz kecil tetapi mengekalkan kapasiti yang lebih kurang sama.

Langkah ini sekaligus akan membolehkan Apple untuk hadir dengan peranti yang bersaiz lebih nipis – atau mungkin juga Apple dapat menawarkan kapasiti bateri lebih besar dengan saiz sama seperti sekarang.

Pada masa yang sama, Apple juga dijangka akan menggunakan panel paparan yang menjimatkan tenaga pada iPhone 13 akan datang. Dilengkapkan dengan penggunaan cip 5nm, ia sekaligus menjadikan penggunaan tenaga lebih efisien – sekaligus iPhone boleh beroperasi lebih lama, walaupun dengan kapasiti yang sama seperti pada hari ini.

Buat masa ini, laporan ini adalah berdasarkan kepada nota pengalisa yang terbaru berkaitan rantaian bekalan Apple.





Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo