Infotainment

Apple Dilaporkan Mungkin Memperkenalkan Kereta Elektrik Seawal 2025

Apple Dilaporkan Mungkin Memperkenalkan Kereta Elektrik Seawal 2025
Apple Dilaporkan Mungkin Memperkenalkan Kereta Elektrik Seawal 2025 1

Apple sedia diperkatakan beberapa kali sebelum ini, yang mana mereka sedang membangunkan kereta elektrik tersendiri. Terbaru, menurut laporan Bloomberg, Apple dilaporkan mereka mungkin memperkenalkan kereta tersendiri mereka seawal 2025 kelak.

Apple dikatakan kini mempercepatkan pembangunan kereta elektrik, dan turut memfokuskan kepada ciri swapandu padanya.

Mengikut jadual pembangunan dalaman, Apple bercadang melancarkan kereta swapandu mereka dalam tempoh empat tahun – lebih laju berbanding perancangan awal yang menyasarkan tempoh sekitar lima ke tujuh tahun.

Sekiranya semuanya berjalan lancar, termasuk sistem swapandu penuh yang stabil, kita mungkin melihat kereta Apple diperkenalkan seawal 2025 kelak.

Apple Dilaporkan Mungkin Memperkenalkan Kereta Elektrik Seawal 2025
Apple Dilaporkan Mungkin Memperkenalkan Kereta Elektrik Seawal 2025 6

Laporan sama turut mengatakan, sekiranya Apple tidak dapat mencapai teknologi pemanduan swapandu penuh pada tempoh berkenaan, terdapat kemungkinan Apple menangguhkan pelancaran, atau menjual kereta versi awal dengan teknologi yang dihadkan.

Menariknya juga, rekaan ideal untuk kereta Apple dikatakan mungkin tidak mempunyai stering dan pedal minyak – lebih kurang seperti apa yang pernah diperlihatkan Google melalui Waymo. Apa pun, perbincangan awal turut dikatakan ingin mengintegrasikan mod kecemasan yang membolehkan pengguna mengawal kenderaan.

Selari dengan perkembangan Apple terbaru yang lebih agresif untuk pembangunan projek kereta ini, Apple juga dilihat mengambil ramai pekerja baharu untuk bahagian ini.

Selain Apple, pihak Xiaomi juga turut telah menyatakan hasrat membangunkan kereta, dan menyasarkan tahun 2024 untuk pengenalan kereta pertama mereka.

Apple Dilaporkan Mungkin Memperkenalkan Kereta Elektrik Seawal 2025 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo