Infotainment

Apple iPhone 12 – Tiada Lagi Kompromi Kali Ini – Amanz

Apple iPhone 12 – Tiada Lagi Kompromi Kali Ini – Amanz 1

Apple iPhone 12 – Tiada Lagi Kompromi Kali Ini – Amanz 2

iPhone 12 adalah pengganti kepada iPhone 11. Peranti ini dilihat menjadi antara tarikan orang ramai, kerana penawaran teknologi, spesifikasi dan harga permulaan yang sebenarnya tidak begitu mahal. Bukan itu sahaja, iPhone 12 juga menggunakan skrin OLED dan tidak lagi menggunakan skrin LCD seperti iPhone 11. Menjadi persoalan, adakah iPhone 12 ini berbaloi dimiliki dan siapakah yang perlu membeli iPhone 12?

Kesemua iPhone 12 dan iPhone 12 Mini juga mempunyai tanda harga permulaan lebih dari RM3000. Hari ini adalah hari di mana iPhone 12 mula dijual di Malaysia. Kami dapat mencuba peranti ini untuk seketika dan ini adalah pandang pertama kami.


Spesifikasi Dan Rekaan

iPhone 12
Skrin 6.1″Super XDR Retina OLED, FHD+
60Hz, HDR10
Pemproses Apple A14 Bionic 5nm
Cip 2 x 3.1 GHz Firestorm
4 x 1.8 GHz Icestorm
Cip Grafik GPU Tersendiri
RAM 4 GB
Muatan Dalaman 64/128/256 GB NVMe
Kamera Utama 12 + 12 Megapixel
f/1.6 + f/2.4
Utama, Ultra Lebar
Kamera Swafoto 12 Megapixel f/2.2
Bateri 2815 mAh
Pengecasan berwayar 20W (PD)
Pengecasan MagSafe 15W
Pengecasan Nirwayar 7.5W (Qi)
SIM/Telefoni Nano + eSIM & 5G
NFC Ya
Bicu Audio Tiada
Kalis Air IP68 6 Meter 30 Minit
Sistem Imbasan Face ID
Harga Jualan RM3,899/RM4,099/RM4,599

iPhone 12 mengembalikan rekaan klasik yang digunakan pada iPhone 4, iaitu rekaan berkotak. Benar, kali pertama memegangnya memang akan terasa pelik dan aneh. Tetapi hanya beberapa saat sahaja, anda akan terus rasa bersyukur, tenang, selesa dan gembira. Pegang sebentar sahaja sudah rasa nilai premium pada peranti ini.

Apple iPhone 12 – Tiada Lagi Kompromi Kali Ini – Amanz 3

Di hadapan, iPhone 12 masih menggunakan rekaan skrin bertakuk. Ia kelihatan meluas dan membezakannya dengan iPhone 11 adalah penggunaan skrin yang rata. Di bahagian belakang masih kelihatan seperti iPhone 11, tiada keunikan di sini. Bahan binaan adalah kaca dengan kemasan berkilat. Bonggol kamera juga tidak besar dan letak di permukaan rata seperti meja tidak terjungkit seperti peranti lain.

Di sisi ia menggunakan aluminium dengan kemasan matte. Sisi pertama hanya ada butang kuasa dan tiada lagi slot kad SIM. Slot kad SIM telah dipindahkan di sisi satu lagi. Butang aras suara juga berada di sini. Di atas kosong dan rata, tetapi di bawah ada kekisi pembesar suara dan port lightning. Rekaan ini adalah rekaan yang kemas, ringkas, elegan dan minimal.

Pengalaman Penggunaan

Kami hanya dapat menggunakan peranti ini dalam masa singkat, jadi ini adalah apa yang kami rasa menarik mengenai peranti ini. Kami akan ulaskan dengan lebih lanjut dalam ulasan kelak. Pertama adalah pengalaman memegang peranti ini. Seperti yang kami katakan tadi, rekaan berkotak ini adalah rekaan yang diinginkan oleh ramai orang. Setelah sekian lama peranti Apple mempunyai rekaan yang lebih kurang sama dengan bentuk yang lebih kurang – rekaan klasik ini adalah rekaan yang segar.

Apple iPhone 12 – Tiada Lagi Kompromi Kali Ini – Amanz 4

Apa yang kami uji dalam penggunaan yang ringkas ini adalah kualiti skrin, pembesar suara, melihat rekaan. Skrin peranti ini adalah OLED. Ia tidak menggunakan skrin dengan kadar segar semula tinggi, tetapi masih lancar dan pantas. Peralihan animasi semuanya adalah seperti yang anda jangka pada sesebuah iPhone, cuma lebih baik. Skrin OLED pada iPhone 12 ini membawakan warna hitam yang cukup gelap, warna yang cukup cantik serta kecerahan yang cukup terang. Pembesar suara pula kedengaran seperti baik-baik sahaja. Tetapi disebabkan ia tidak seimbang, satu di bawah dan satu pada takuk – kami perlu uji lagi. Ini kerana bahagian bawah kedengaran lebih kuat.

Rekaan peranti dalam seperti ini apa yang aneh adalah ia seakan tidak mempunyai cengkaman yang baik. Tetapi dengan penggunaan rekaan berkotak, ia lebih sukar untuk jatuh dari tangan. Kemasan matte di sisi tidak cukup cengkam dan peranti ini memang benar-benar licin. Tetapi disebabkan ia rata, peranti ini boleh berdiri dengan sendiri. Ia juga dilihat mungkin mudah dikendalikan dengan satu tangan. Tetapi mungkin sesuai untuk mereka yang tangan besar.

Apple iPhone 12 – Tiada Lagi Kompromi Kali Ini – Amanz 5

Untuk sistem operasi, semestinya ini adalah iPhone – jadi iOS 14 adalah sistem di dalamnya. iOS 14 ini lebih memfokuskan kepada sekuriti dan juga privasi. Apa yang anda lihat dalam iOS 14 pada iPhone 11, itu juga yang anda akan temui dalam iPhone 12. Penggunaan widget, akhirnya ada “talam aplikasi” tersendiri, fungsi carian yang lebih bijak dan juga sejak kebelakangan ini jika anda sedar – kemaskini juga lebih pantas. iPhone 12 tiada fungsi seperti Apple ProRAW, jadi jika anda kemaskini ke versi beta 14.3 pun penggunaan akan terhad. iPhone 12 ini lebih kepada iPhone yang sesuai untuk semua orang dan iPhone 12 Pro adalah untuk penggemar Apple.

Apa yang membuatkan kami teruja dengan peranti ini adalah, ia seakan memperkenalkan semua inovasi pengecasan nirwayar. Sedangkan, fungsi pengecasan ini sudah wujud sejak iPhone 8 untuk iPhone. Apple mengubahsuai konsep pengecasan MagSafe mereka yang lama pada MacBook dan mengembalikannya pada iPhone 12. Pengecas MagSafe ini masih menggunakan pengecasan nirwayar Qi, tetapi disebabkan ia ada magnet dan cip lain – ia boleh mengaktifkan pengecasan nirwayar pantas 15W.

Apple iPhone 12 – Tiada Lagi Kompromi Kali Ini – Amanz 6

iPhone 12 juga menjadi penetap trend untuk membuang pengecas di dalam kotak. Alasan Apple adalah untuk menjaga alam sekitar. Perlu diingatkan, iPhone 12 menyokong sistem pengecasan pantas USB-PD 20W. USB-PD memerlukan penggunaan USB-C. Kabel yang disediakan di dalam kotak adalah USB-C ke lightning. Pengecas yang berlambak berada di luar sana adalah yang 5W berasaskan USB-A. Jadi hendak atau tindak pengguna yang baru atau yang tidak pernah menggunakan USB-PD terpaksa membeli pengecas baharu. Perkara ini agak menjengkelkan sebenarnya.

Bukan itu sahaja, Apple turut membuang set fon telinga berwayar EarPods. Untuk pengguna Android ini perkara biasa kerana tidak semua jenama menawarkan set fon telinga di dalam kotak. Tetapi Apple telah berikan aksesori audio ini sejak berzaman lagi. Dengan peranti baharu yang tiada aksesori ini, mungkin akan membuatkan ramai rasa tidak puas hati. Jelas di sini, Apple ingin menggalakkan orang ramai beralih ke AirPods Pro.

Dengan banyak barang yang Apple buang ini dan harga jualan yang lebih kurang sama, hemat kami untuk pandang pertama adalah – Apple sebenarnya boleh menjual pada harga yang lebih rendah. Tetapi Apple tetap Apple dan harga barangan Apple akan kekal mahal. Jika anda inginkan peranti baharu yang premium dan murah, carilah Android bukannya iPhone.

Kesimpulan

iPhone 12 tidak dinafikan adalah sebuah peranti yang sangat hebat. Dari rekaan yang sangat cantik, selesa dipegang dan rasa premium sehinggalah kemampuan kamera yang mengejutkan cukup hebat – ini adalah peranti yang patut dibeli oleh semua orang. Skrin OLED yang cantik, walaupun tidak kadar segar semula tinggi – ia masih terasa pantas dan lancar.

Apple iPhone 12 – Tiada Lagi Kompromi Kali Ini – Amanz 7

iPhone 12 sesuai dibeli untuk mereka yang inginkan peranti yang tidak begitu besar, cukup berkuasa, serta kemampuan videografi yang baik, Kami tidak sebutkan fotografi kerana tiada kemampuan zum seperti variasi Pro. Harga permulaan juga tidak mencecah RM4000, jadi peranti ini akan pilihan yang tidak akan mengelirukan.

Bagi pengguna iPhone baharu, kami ingin cadangkan iPhone 12 Mini. Tetapi selepas melihat prestasi bateri yang berada di web, iPhone 12 lebih berbaloi. Nantikan ulasan kami di Amanz untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti ini.

Pro

  • Rekaan klasik yang cantik, selesa dipegang bersama-sama dengan bahan binaan premium.
  • Skrin OLED yang terang, cantik, warna yang menarik serta benar-benar rata.
  • Ujian awal prestasi memperlihatkan skor yang sangat hebat.

Kontra

  • Tiada pengecas disediakan dalam kotak.
  • Skrin masih ada takuk yang besar.
  • Bateri yang kecil.



Apple iPhone 12 – Tiada Lagi Kompromi Kali Ini – Amanz 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo