Artikel Terkini

Apple kemas kini MacBook Pro 13-inci, harga bermula serendah RM5,599

Apple kemas kini MacBook Pro 13-inci, harga bermula serendah RM5,599 1

Apple kemas kini MacBook Pro 13-inci, harga bermula serendah RM5,599 2

Apple kemas kini MacBook Pro 13-inci, harga bermula serendah RM5,599 3

KUALA LUMPUR: Syarikat gergasi teknologi Apple Inc. (Apple) telah mengemaskini komputer riba MacBook Pro 13 keluaran syarikat itu dengan storan minima 256GB menggantikan pilihan 128GB yang tidak lagi ditawarkan.

Tinjauan di laman Apple Malaysia sehingga kini  masih belum menawarkan kemudahan untuk membuat tempahan model terbaharu ini, selain tiada pilihan untuk menambah ruangan storan dan juga memori.

Namun dari pengumuman Apple, peranti terbaharu ini datang dengan pilihan CPU Intel Core i5 generasi kesepuluh, yang kini hadir dengan memori DDR4 sebanyak 16GB dan pilihan storan 512GB ataupun 1TB.

Sama seperti MacBook Pro 16 inci dan MacBook Air, papan kekunci MacBook Pro 13 ini juga dilengkapi dengan Magic Keyboard yang baru.

Untuk model spesifikasi lebih tinggi, ia juga didatangkan dengan empat palam Thunderbolt 3, berbanding dengan dua sahaja pada model MacBook Pro 13 yang lama.

Kesemuanya dilengkapi integrasi Magic Keyboard, selain Touch Bar dengan Touch ID.


Analisis: COVID-19 Dan Sektor Teknologi

Ini merupakan pengemaskinian kedua terhadap barisan MacBook Pro milik Apple setelah membuat perkara sama pada versi 16-inci mereka beberapa bulan lepas.

Pada kebiasaannya, musim luruh dan bunga merupakan musim-musim lazim untuk syarikat teknologi memasarkan produk mereka kepada pengguna runcit.

Akan tetapi, disebabkan situasi COVID-19 yang melanda seluruh dunia, perhimpunan besar seperti pelancaran produk tidak lagi dilakukan oleh mana-mana syarikat teknologi buat sementara waktu.

Oleh itu, antara perkara yang sedang dibuat oleh syarikat seperti Apple adalah dengan mengemaskinikan produk line-up sedia ada untuk memastikan pengguna terus menggunakan produk yang mereka telah ketahui tentang ciri-cirinya daripada memperkenalkan barisan produk yang lebih baharu.
 


Spesifikasi baru MacBook Pro 13 terdapat di laman web Apple Malaysia, dan model yang dikemaskini ini hadir dengan harga permulaan RM7,999 untuk model dengan storan 512GB dan RM8,799 untuk model dengan storan 1TB.

Barisan lain yang turut menawarkan pilihan dengan cip Intel Core i5 pada harga bermula RM5,599 untuk storan 256GB, dan RM6,399 untuk storan 512GB.



Apple kemas kini MacBook Pro 13-inci, harga bermula serendah RM5,599 2

Source link