Infotainment

Arab Saudi Anggap Hubungan Baik Dengan Israel Akan Menguntungkan Tanah Arab

Arab Saudi Anggap Hubungan Baik Dengan Israel Akan Menguntungkan Tanah Arab

Arab Saudi Anggap Hubungan Baik Dengan Israel Akan Menguntungkan Tanah Arab 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud mengatakan hubungan baik dengan Israel akan menguntungkan tanah Arab. Namun, dia menegaskan bahawa kesepakatan itu hanya akan berlaku dengan bergantung kepada kemajuan proses berdirinya negara Palestin yang merdeka.

“Normalisasi status [dengan] Israel di rantau ini akan membawa manfaat besar bagi wilayah tersebut secara keseluruhan,” katanya dalam wawancara dengan CNN yang dikutip oleh Al Jazeera.

“Ini akan sangat membantu dari segi ekonomi, sosial dan dari sudut keselamatan,” lanjutnya. “Itu hanya mungkin terjadi jika sebuah negara Palestin dalam perbatasan 1967 diserahkan.”

Sebelum ini Putera Faisal telah mengeluarkan kenyataan serupa, dengan menyatakan bahawa normalisasi dengan Israel hanya akan dilakukan jika ia memberi keuntungan untuk negara berdaulat Palestin.

“Apa yang kita perlukan untuk mewujudkannya adalah perjanjian damai yang menegakkan sebuah negara Palestin dengan martabat dan dengan kedaulatan yang dapat diterima oleh rakyat Palestin,” kata Putera Faisal pada bulan Desember tahun lalu.

Dia menambah pada saat itu bahawa menormalkan hubungan dengan Israel telah lama menjadi sebahagian daripada visi Arab Saudi. Dia turut menambah bahawa ini adalah langkar pertukaran bagi membentuk sebuah negara Palestin dalam perbatasan 1967.

Pada bulan September tahun lalu, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain menandatangani apa yang disebut sebagai Abraham Accords bagi menormalkan hubungan dengan Israel. Sejak itu Sudan dan Maghribi turut menyertai perjanjian terbabit.

Putera Saudi akan dibunuh oleh rakyatnya sendiri jika jalin hubungan diplomatik dengan Israel. Klik pautan di bawah.

Putera Saudi Akan Dibunuh Oleh Rakyatnya Sendiri Jika Jalin Hubungan Diplomatik Dengan Israel

Arab Saudi Tangkap Seorang Ustazah Kerana Berdakwah Dan Mengajar Al-Quran Di Rumah

UAE Rombak Sistem Perundangan, Kini Boleh Minum Arak Dan Tinggal Bersama Walaupun Belum Berkahwin



Arab Saudi Anggap Hubungan Baik Dengan Israel Akan Menguntungkan Tanah Arab 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo