Infotainment

Atikah Suhaime Tolak Tawaran Berlakon Kerana Rasa Badan Kelihatan Besar Seperti Ikan Paus


Tidak yakin dengan bentuk badannya yang dikatakan semakin gemuk dan membesar, pelakon jelita Atikah Suhaime akui dirinya terpaksa menolak banyak tawaran berlakon.

Beliau yang sebelum ini pernah mendapat perhatian ramai kerana tiada jodoh untuk mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Awi Rafael itu mendedahkan, bentuk fizikalnya kini seakan menjejaskan semangatnya untuk beraksi di hadapan kaca televisyen.

Perkara itu didedahkan sendiri olehnya menerusi sebuah posting di laman Insta Story miliknya.

Kredit – Gempak

“Saya sedih kerana sekarang saya sudah gemuk. Saya tidak pernah gemuk sebelum ini. Jadi, saya asyik tolak tawaran lakonan yang datang kerana merasakan kelihatan besar seperti paus di televisyen sekarang,”

Namun begitu, menurut laporan Gempak, Atikah sering menonjolkan kegembiraannya di laman sosial kerana ia merupakan cara beliau mengubat kesedihan yang melanda dirinya.

“Saya sangat sedih kerana tidak boleh pulang, rezeki saya di sini. Saya tidak tunjuk kesedihan di Instagram. Saya tunjuk posting yang menggembirakan bukan sebab saya mahu menunjuk-nujuk, tetapi kerana itulah cara saya atasi rasa down setiap hari.”

Malah, beliau juga tidak ketinggalan memohon maaf andai ada pihak yang tidak senang dengan segala tindakannya.

“Saya akan tengok balik posting di Instagram dan yakinkan diri bahawa saya gembira. Maaf jika anda rasa saya ingin menunjuk-nunjuk, sebab saya benar-benar cuba menggembirakan diri,” katanya.

Bagaimanapun, Atikah juga dilihat tampil menegaskan kepada umum supaya berhenti bertanya soal kahwin kepadanya kerana kini bukanlah masa yang sesuai untuk diaju soalan berkenaan.

“Lagi satu, berhenti tanya bila saya akan kahwin, ibu bapa saya di Singapura, macam mana nak kahwin?”

Untuk rekod, Atikah kini dikatakan sedang menyulam kasih dengan seorang jejaka berstatus VIP yang dikenali sebagai Datuk Lokman Teh.

Bahkan, mereka juga dilihat sering memuat naik momen mesra bersama di media sosial dan meraih pujian netizen kerana dilihat sangat sepadan.

Sumber: Gempak



Written by Ridhwan Razak


 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.





Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo