Artikel Terkini

Australia ‘hantar’ Denmark pulang awal

Australia ‘hantar’ Denmark pulang awal
Australia 'hantar' Denmark pulang awal 1

DOHA – Australia cipta sensasi untuk mengulangi kejayaan 2006 layak ke pusingan 16 terbaik selepas menewaskan Denmark 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan D di Stadium Al Janoub sebentar tadi.

Denmark turun dengan misi wajib menang untuk layak dan segalanya terbukti jelas apabila anak buah Kasper Hjulmand menguasai 69 peratus permainan namun keputusan akhir cukup berbeza, lebih berpihak kepada Socceroos.

Walaupun dihimpit badi dengan rekod lapan kekalahan ketika menentang negara Eropah, kejayaan ini mengekalkan rekod baik Australia ke atas Denmark memandangkan kedua-dua pasukan sekadar seri 1-1 pada pertemuan terakhir di Piala Dunia, empat tahun lalu.

Australia 'hantar' Denmark pulang awal 2
BINTANG Denmark, Christian Eriksen terpaksa akur gagal bantu pasukan lepasi peringkat kumpulan. – AFP

Terdahulu, kedua-dua pasukan turun dengan misi ‘hidup mati’ dan Australia hanya memerlukan keputusan seri untuk layak berbanding Denmark yang wajib menang.

Mathias Jensen dan Andreas Skov Olsen jelas mencari pemain tumpuan bagi Denmark namun beberapa peluang yang tercipta gagal disudahkan dengan lebih baik oleh gandingan ini

Keputusan pengendali Australia, Graham Arnold memasukkan Keanu Baccus bagi mengganti Craig Goodwin menjadi percaturan berbaloi dan berjaya menyaksikan anak buahnya bermain lebih baik berbanding 45 minit pertama.

Sebaik aksi memasuki minit ke-60, Mathew Leckie akhirnya menghadirkan keceriaan buat penyokong Australia apabila pamer ketenangan, dua kali memperdayakan pertahanan Denmark, Joakim Maehle sebelum melepaskan sepakan yang menewaskan Kasper Schmeichel.

Kemaraan ini juga menyaksikan penjaga gol, Mathew Ryan dan Leckie berpeluang mencipta rekod baharu sebagai pemain yang memiliki kaps paling banyak di Piala Dunia selepas kedua-duanya kini sudah pun menyamai rekod milik Tim Cahill dan Mark Bresciano dengan sembilan penampilan. – KOSMO! ONLINE


Australia 'hantar' Denmark pulang awal 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo