Artikel Terkini

Automasi kewangan anda dengan teknologi, dah tak pening kepala setiap bulan.

Automasi kewangan anda dengan teknologi, dah tak pening kepala setiap bulan.
Automasi kewangan anda dengan teknologi, dah tak pening kepala setiap bulan. 1

Hari ni kita didedahkan dengan macam-macam instrumen kewangan yang baru seperti Bitcoin, Defi, NFT dan lain-lain lagi. Anda nak tahu satu teknik ni yang ada kaitan dengan teknologi juga tapi tak seksi macam matawang kripto, tetap boleh jadi game-changer untuk hidup anda?

Automasi.

Mari sini Tok bagi sebabnya. Setiap hari kita kena buat macam-macam keputusan dalam hidup kita ni kan? Jadi dengan automasi, kita dapat kurangkan pilihan yang perlu dibuat.

Ironinya, anda boleh je berjaya dengan cemerlang dalam pengurusan kewangan tanpa perlu fikirkan pasal kewangan pun dalam seharian anda.

Pelik? Tak pun sebenarnya. Teruskan baca bawah ni.

Kenapa pentingnya automasi kewangan anda?

Dalam sehari, boleh jadi ada lebih 50 soalan pasal kewangan yang anda perlu jawab :

  • Nak makan apa hari ni? Berapa bajet nak makan?
  • Nak jimat ke hari ni?
  • Tapi lapar. Makan je lah. Tapi nanti lari bajet pula.. hmm

Itu baru bab makan. Belum masuk bab pelaburan :

  • Nak labur hartanah atau saham?
  • Macam mana harga saham hari ni?
  • Harga rumah pula macam mana?

Bila berhadapan dengan pelbagai pilihan ni, akhirnya keputusannya sama macam kebanyakan orang : tak buat apa-apa pun.

Kenapalah ramai orang ingat bila cakap pasal pengurusan kewangan ni mesti berbalik kepada kehendak masing-masing. Anda kena ingat anda sedang berurusan dengan diri anda sendiri sebagai seorang manusia yang beremosi. Tak penat ke nak lawan dengan emosi kita sendiri. Buat bazir tenaga je.

Itu sebablah anda perlukan automasi menggunakan teknologi yang ada pada hari ni untuk urus kewangan anda.

Bagaimana nak automasikan pengurusan kewangan?

Nak senang faham, Tok terus bagi contoh macam dalam gambar rajah bawah ni.

Tok akan ceritakan ikut konteks dalam Malaysia.

  • 401(k) = KWSP
  • Roth IRA = Dana persaraan

Ok, ceritanya macam ni.

Sebelum gaji cecah masuk ke akaun anda, 5% ditolak siap-siap ke dalam akaun KWSP. Tapi kita kat Malaysia bagus juga sebab dipotong 8-11%. Kira macam dipaksa untuk simpan juga ni.

Dah masuk akaun bank kita, kebiasaanya mereka yang jenis bagus ni akan pindahkan siap-siap simpanannya. Dalam kes ni 5% untuk tabung impian seperti kahwin, deposit rumah atau cuti. Lagi 5% simpan untuk persaraan.

Eh, KWSP kan dah ada. Buat apa nak simpan lagi untuk persaraan?

Terpulanglah masing-masing. Jangan jadi lurus bendul boleh tak?

Pokoknya buat simpanan. Tak kisahlah korang nak simpan berapa banyak.

Maaf-maaf. Teremosi pula mengenangkan komen-komen netizen yang kecam Tok pasal artikel simpanan sebelum ni.

Berbalik pada cerita asal, yang Tok cerita kat atas ni kira bagus dah. Tapi kalau korang nak jadi lagi bagus, korang dah buat automasi untuk simpanan tu.

Sekarang ni dah canggih. Banyak bank dah buat fungsi auto simpan. Tok paling suka Maybank. Dalam aplikasi MAE Maybank memang ada fungsi untuk cipta tabung impian. Siap boleh tetapkan bila dan berapa banyak kita nak tolak setiap bulan.

Ok selesai bab simpanan.

Gaji – simpanan = belanja

Sekarang kita masuk bab belanja pula.

Kalau korang perasan dalam gambarajah kat atas tadi, dia pecah kepada dua. Satu kad kredit dan satu lagi lain-lain.

Ni Tok kena tekankan. Tak semua orang perlu guna kad kredit. Maksud Tok, yang jenis liat atau tak disiplin tu, lebih baik tak payah guna kad kredit. Nanti lagi ke laut jadinya kewangan korang tu.

Kalau siapa yang pandai guna kad kredit, manfaatkan betul-betul untuk guna bayar komitmen tetap setiap bulan. Sambil bayar, sambil dapat poin.

Kenapa perlu pisahkan peruntukan untuk belanja tetap macam bil-bil bulanan ni?

Supaya anda tidak terbelanja duit yang sepatutnya anda gunakan untuk bayar bil tadi.

Untuk tidak memeningkan kepala korang tu, abaikan bahagian kad kredit tu. Korang boleh guna kad ekstra macam Bigpay atau MAE.

Gunakan kad ni untuk automasikan penolakan segala bil yang korang ada. Bil air, elektrik, internet, sewa rumah, bayaran bulanan rumah atau kereta, semua tu boleh diautomasikan.

Simpan sudah, belanja tetap pun sudah. Sekarang kita enjoi!

Apa yang tinggal, itulah yang boleh anda belanjakan.

Dah tak perlu pening-pening fikir pasal bil dah bayar ke belum, nak kena simpan ke tidak. Anda nak belanja habis pun tak apa. Tapi jangan pula korek balik tabung yang dah simpan tadi.

Mudah kan?

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Automasi kewangan anda dengan teknologi, dah tak pening kepala setiap bulan. 2

Automasi kewangan anda dengan teknologi, dah tak pening kepala setiap bulan. 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list