Berita

Awas keladi hiasan kini sasaran pencuri

Awas keladi hiasan kini sasaran pencuri 2

Jerantut: Pengumpul dan peminat tanaman hiasan terutamanya keladi hias dari spesis caladium perlu berwaspada kerana ia menjadi sasaran pencuri sejak akhir-akhir ini.

Sejak awal tahun lalu, muncul ramai pengumpul keladi hias kerana ia mempunyai pelbagai warna menarik dan corak daun.

Kegilaan pengumpul keladi dan harganya yang semakin meningkat turut menyebabkan ia menjadi sasaran pencuri kerana mudah dijual.

Penduduk Taman Desa Gemilang, Rosmawati Saad, 42, berkata, dia mempunyai 30 pasu keladi hias yang diletakkan di halaman rumah dan kaki lima pagar yang dikumpul sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu.

“Sebelum ini orang tidak berapa minat sangat dengan tanaman ini, tetapi ramai peniaga yang menjual dalam talian meletakkan harga yang cukup lumayan sehingga RM1,500 untuk sepasu keladi menyebabkan ia mula tular.

“Maka ramailah terutamanya suri rumah mula mengumpul pelbagai spesis keladi dan harga keladi turut melambung tinggi kerana permintaannya mendadak,” katanya.

Dia turut menjadi mangsa apabila keladi kesayangannya yang ditanam dalam pasu besar dan merimbun dicuri semalam.

Katanya, semasa dibeli anak keladi redstone itu adalah RM80 dan disebabkan sudah merimbun, ia boleh dijual dengan harga RM500 sepasu.

Pengusaha nurseri di Kampung Temindi, Siti Hafizah Azmi, 39, berkata, tempatnya turut menjadi sasaran pencuri sehingga dia terpaksa membuat laporan polis.

“Pencuri memilih koleksi keladi yang mahal iaitu yang berharga RM200 hingga RM300 sepasu,” katanya.

Dia berkata, terdapat pelbagai spesis baharu keladi hias dari Thailand yang mempunyai pelbagai warna.

Katanya, setiap minggu dia boleh menjual 200 ke 300 pasu pokok keladi yang dibeli peminat keladi bukan saja dari Jerantut tetapi dari Temerloh dan Jengka.

Awas keladi hiasan kini sasaran pencuri 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo