Berita

Awie nak tubuh School Of Rock

Awie nak tubuh School Of Rock 2

Kuala Lumpur: Penyanyi, pelakon dan penerbit Datuk Awie berhasrat menubuhkan Akademi Rock atau School of Rock bagi melahirkan penyanyi rock yang berkualiti dalam industri muzik tempatan.

Awie, 52, berkata, dia pernah menyatakan hasrat terbabit di Facebook dan mendapat respon baik daripada peminat.

“Nak kata saya kecewa dengan rock pun tak juga, tapi saya sengaja ‘test market’ untuk buat benda ini. Saya dah rancang agenda ini beberapa tahun lalu. Ia akan disekalikan dengan sekolah muzik dan sebagainya. Insya-Allah tahun ini saya akan mulakan dengan School of Rock. Kemudian kita akan anjurkan satu Anugerah Rock selepas itu,” katanya.

Awie yang juga penyanyi Wings berkata, dia melihat seperti perlunya ada satu kebangkitan semangat untuk generasi baru membuat perubahan semula.

“Sekarang banyak penyanyi yang muncul seperti syok sendiri. Sekurang-kurangnya saya buat begini dan dapat tampilkan kumpulan seperti Kristal yang seterusnya. Ia kerana zaman Kristal sudah habis dan sekarang saya nak gilap bakat baru pula untuk Malaysia,” katanya.

Kristal ditubuhkan hasil usaha bapa kepada pemain gitar utamanya, Rody yang kemudiannya menghantar pita demo kepada Awie.

Menerusi kesungguhan Awie menggilap bakat mereka, Kristal muncul dengan album pertama berjudul Semut & Lebah pada 2000 dan popular dengan lagu Seragam Hitam dan Ku Membisu.

Pada 2002, Kristal kembali mencuri perhatian pendengar dengan lagu Delaila dan Resam Pak Belalang menerusi album Pak Belalang. Kumpulan ini masih kekal bertahan biarpun beberapa anggota asal termasuk penyanyinya Lan sudah mengundurkan diri.

Awie nak tubuh School Of Rock 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo