Berita

Awie takkan layan komen Youtuber ‘pengkritik filem’

Awie takkan layan komen Youtuber 'pengkritik filem' 2

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi Datuk Awie mengakui filem pertama terbitan syarikatnya Rumah Produksi Merah Sdn Bhd berjudul 10 Tips Tipu Bini tidak akan terlepas daripada kritikan pengkritik filem di YouTube.

Awie, 52, berkata, setiap perkara yang dilakukannya samada elok atau tidak, pasti akan berdepan kecaman.

“Sekarang, kita ada ramai Youtuber pengkritik filem yang kononnya, nak buat ‘review’. Walhal mereka pun ‘zero knowledge’ berkenaan filem.

“Mereka tak pernah buat satu filem dan skrip pun. Tapi, cara hentam filem seolah-olah macam dia dah buat 100 filem. Kita nak layankah orang macam ini?” katanya pada sidang media filem terbabit di MaTiC, Jalan Ampang hari ini.

Menurut Awie, Youtuber terbabit sebenarnya berbuat demikian untuk mencari pengikut bagi ‘subscribed’ saluran mereka, semata-mata demi cari duit dan kepentingan sendiri.

“Kalau saya ataupun penggiat lain gila nak layan mereka dan orang lain pun gila nak mendengar kutukan hasad dengki daripada manusia-manusia jahil seperti ini, jahanamlah hidup kita semua.

“Lebih baik kita terus-terang dan jujur begini kerana kita buat filem untuk menghiburkan semua orang. Disamping itu, kami pasukan produksi pun nak cari rezeki

“Ada rezeki yang elok lepas ini, kami buatlah filem lain yang mungkin lebih baik daripada ini. Kalau ada keuntungan kenapa tidak! Mesti saya nak buat yang lebih bagus dari segi produksi, skrip, pelakon dan sebagainya,” katanya.

Awie sangat berharap supaya penonton tidak terpengaruh dengan pengkritik filem yang suka mengeluarkan kritikan bukan-bukan.

“Youtuber ini cuba nak menjahanamkan industri dan semangat pembikin filem.

“Saya tak boleh halang untuk mereka langgan dan komen filem 10 Tips Tipu Bini tapi kita jangan layan.

“Janji, asalkan dia jangan usik nama ibu bapa saya, isteri saya dan mereka yang terdekat dengan saya.Jangan hina sudahlah,” katanya.

Filem arahan Azizi ‘Chunk’ Adnan ini menampilkan nama-nama besar iaitu Awie sendiri, Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan dan ramai lagi.

Ia akan menemui penonton menerusi saluran Astro First pada 7Januari, tahun depan.

Awie takkan layan komen Youtuber 'pengkritik filem' 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo