Infotainment

Ayda Jebat Dedah Hampir Keguguran Akibat Tekanan

Ayda Jebat Dedah Hampir Keguguran Akibat Tekanan

Ayda Jebat Dedah Hampir Keguguran Akibat Tekanan 1

Mengumumkan kehamilan pertamanya semalam, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mendedahkan dia hampir keguguran kerana berdepan tekanan kerja serta kecewa dengan berita kehamilan yang disiarkan tanpa izin sebelum ini.

Menurut Ayda, akibat berita itu juga dia terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami pendarahan.

BACA: Ayda Jebat Sahkan Hamil Empat Bulan

“Saya bekerja dengan banyak jenama. Jadi saya memerlukan masa untuk mengatur semula jadual kerja sebaik disahkan hamil.

“Disebabkan komitmen kerja yang perlu dibuat dalam tempoh yang singkat menyebabkan saya penat sehingga hampir mengalami keguguran akibat pendarahan yang berlaku,” katanya.

Berkongsi mengenai kehamilannya itu, Ayda berkata dia mengalami alahan yang teruk serta alah pada bau. Kata Ayda lagi, dia belum bersedia untuk mengumumkan jantina anak sulungnya.

“Insya-Allah saya dijangka bersalin pada Oktober depan. Buat masa ini jantina anak kami rahsiakan dahulu. Kami akan mengadakan majlis pengumuman istimewa nanti.

“Soal alahan saya juga tidak terlepas mengalaminya. Pernah satu malam saya tiba-tiba terjaga dari tidur dan muntah atas katil. Saya juga mengalami alahan bau, tetapi bukan bau makanan cuma bau dapur dan cecair pembasmi kuman,” katanya.

Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengikat tali pertunangan atas talian pada 28 April tahun lalu.



Ayda Jebat Dedah Hampir Keguguran Akibat Tekanan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo