Infotainment

Ayda Jebat, Nabil Mahir Mahu 13 Orang Anak

Ayda Jebat, Nabil Mahir Mahu 13 Orang Anak 2

Bakal melangsungkan pernikahan 1 Januari iaitu pada Jumaat ini, pengacara Nabil Mahir berkata dia dan Ayda Jebat berhasrat untuk memiliki 13 orang cahaya mata.

Menurut Nabil, angka 13 merupakan nombor kegemarannya selain ingin memiliki keluarga yang ramai. Kata Nabil lagi, dia dan Ayda sememangnya sangat sukakan budak-budak.

BACA: Tak Sanggup Tengok Tunang Sakit Kaki, Nabil Mahir Dipuji Bagi Kasut

“Kalau boleh nak timang 13 orang anak, sebab kami sukakan budak. Kalau dapat memang rezeki dan seolah-olah mimpi jadi kenyataan.

“Tapi sejujurnya, kalau dapat anak ramai macam mana pun, apa yang penting anak kami nanti sihat walafiat. Tak kisahlah satu, dua atau 13 orang pun,” katanya.

Dalam pada itu, Ayda tidak menolak jika dikurniakan zuriat dalam masa terdekat selepas berumah tangga. Malah, penyanyi dan pelakon itu berkata dia juga sudah bersedia untuk bergelar ibu.

“Saya tidak mempunyai masalah untuk menimang cahaya mata cepat atau lambat. Kalau sudah rezeki, saya bersedia untuk bergelar ibu. Saya pun bukan makin lama makin muda. Nabil pun macam itu,” katanya.

Difahamkan, majlis pernikahan yang dijadualkan berlangsung pada 1 Januari ini akan diadakan secara sederhana di sebuah masjid di ibu negara.

Terdahulu, Ayda dan Nabil mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu menerusi aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Ayda Jebat, Nabil Mahir Mahu 13 Orang Anak 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo