Infotainment

Ayda Jebat, Nabil Mahir Tak Sabar Nak Anak

Ayda Jebat, Nabil Mahir Tak Sabar Nak Anak 2

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi Ayda Jebat sah bergelar isteri kepada pengacara Nabil Mahir semalam dalam satu majlis diadakan secara sederhana di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail.

Meluahkan rasa syukur majlis pernikahannya berjalan dengan lancar meskipun dalam situasi pandemik COVID-19, Ayda menitipkan ucapan terima kasih kepada peminat dan orang ramai yang mendoakan kebahagiaannya.

BACA: Ayda Jebat Sah Bergelar Isteri Nabil Mahir Dengan Sekali Lafaz

“Alhamdulillah, walaupun kini kita berada dalam norma baharu, syukur majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar se­perti yang dirancang.

“Di sebalik pandemik Covid-19 yang membataskan ba­nyak perkara, kami memilih untuk melangsungkan yang wajib dulu. Terima kasih buat semua yang mendoakan,” katanya.

Dalam pada itu, Ayda berkata dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai ister dan tidak menolak seandainya cepat dikurniakan cahaya mata.

“Ini adalah perkara baharu dalam hidup kami sebagai suami isteri. Saya dan Nabil percaya akan ada banyak dugaan serta cabaran yang bakal ditempuh.

“Jujurnya, kami sudah lama impikan saat ini dan juga sudah bersedia untuk menimang zuriat secepat mungkin, insya-Allah,” katanya.



Ayda Jebat, Nabil Mahir Tak Sabar Nak Anak 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo